Polis Terengganu menahan lima anggota 'Geng Anak Jin' yang aktif dalam kes pecah rumah di sekitar Daerah Marang dan Kuala Terengganu sejak Disember lepas hinggal awal Januari lalu.
Kesemua suspek berjaya ditahan di sekitar Marang bermula 19 Dis hingga 4 Jan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fazlisyam Abdul Majid berkata kesemua suspek berumur 16 hingga 47 tahun dan empat daripadanya adalah lelaki dan seorang wanita berumur 23 tahun.
"Kumpulan ini terbabit dalam sembilan kes di Marang dan satu di sini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, hari ini.
Menurutnya, hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas sebuah kamera jenama Canon EOS 5D MARK II, lensa jenama Canon 24-70 dan16-35mm, Speedlite jenama Canon dan satu bateri Canon LP.E6.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Fazlisyam berkata, seorang lelaki bersama teman wanitanya, masing-masing berusia 29 tahun, ditahan ketika cuba melarikan kenderaan jenis Honda BRV selepas memecah masuk sebuah rumah di Bukit Payung, Marang, semalam.
Beliau berkata pasangan kekasih itu ditahan di daerah Besut pada jam 1 tengah hari selepas polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.51 pagi.
"Semasa tangkapan dilakukan, seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang merupakan anak kepada suspek wanita turut ditemui bersama mereka dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan," kata Fazlisyam.
Selain kereta tersebut, polis turut menjumpai laptop jenis Asus, tablet jenis HP, tiga unit telefon bimbit jenama Nokia dan Yes dan notebook jenama Topit dalam kenderaan tersebut.
"Kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau yang mana suspek lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod kesalahan dan wanita tersebut mempunyai satu rekod kesalahan lampau serta positif dadah.
"Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2018

FAZLISYAM: Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang merupakan anak kepada suspek wanita turut ditemui bersama mereka dan telah diserahkan kepada JKM. - Gambar fail

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

3 suspek bunuh pencuri pisang ditahan
Turut ditahan anak saudara suspek utama yang berusia 15 tahun dan rakan mangsa berusia 37 tahun.

Geng Jepun aktif curi kabel tumpas
Pasangan adik beradik antara enam suspek Geng Jepun yang diberkas dan dipercayai bergerak aktif dalam kegiatan mencuri kabel membabitkan tiga daerah di Terengganu.

Polis tahan lima anggota Geng Anak Jin
Kesemua suspek berjaya ditahan di sekitar Marang bermula 19 Dis hingga 4 Jan lepas.

Polis Terengganu tahan 13 suspek samun pekerja asing
Suspek terdiri dari 12 lelaki termasuk remaja berumur 14 tahun yang masih bersekolah dan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah.

Suspek kes tetak di Kuala Nerus diburu
Mangsa yang berusia 36 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang setelah selesai urusan di bank namun disekat suspek sebelum kepalanya dipukul dengan sebatang besi.

Polis pantau kawasan rumah yang ditinggalkan mangsa banjir
Sejak hari pertama banjir melanda Terengganu pada 28 Nov lalu hingga hari ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian jenayah seperti pecah rumah di kalangan mangsa banjir.