BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang mangsa kerugian RM28,000 kononnya terlibat dalam pengubahan wang haram dan pengedaran dadah, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani di Kedah dua hari lepas hasil risikan dan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.
"Berdasarkan laporan diterima, seorang wanita telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkan nama mangsa mempunyai cukai tertunggak sebanyak RM36,000 lalu talian disambungkan ke pegawai polis dan dimaklumkan dia juga mempunyai rekod jenayah pengubahan wang haram serta pengedaran dadah.
Mangsa turut ditawarkan bantuan oleh individu bergelar 'Datuk' dan bersetuju untuk memindahkan wang dari akaunnya ke akaun yang diberi untuk siasatan lanjut, dia membuat dua kali pemindahan duit sebanyak RM28,000 sebelum menyedari dirinya telah tertipu setelah terbaca penipuan berkenaan di Facebook," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya polis kini giat mengesan rangkaian sindiket Macau Scam itu dan lelaki bekerja sendiri yang ditahan tersebut kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Kamarul Rizal berkata polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang disyaki dijadikan "keldai akaun" oleh sindiket Macau Scam, dalam serbuan di sini dua hari lepas.
Katanya lelaki itu ditahan susulan siasatan yang dijalankan berhubung laporan polis dibuat seorang suri rumah berusia 40-an yang menjadi mangsa sindiket Macau Scam sehingga kerugian RM9,200 dalam kejadian September tahun lepas.
"Wanita itu memaklumkan menerima panggilan daripada pegawai LHDN dan polis mendakwa kononnya mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM17,670.06 selama 15 bulan, di perlu menjelaskan tunggakan tersebut jika tidak mahu dikenakan tindakan mahkamah dan pemotongan dalam akaun simpanan mangsa.
Tanpa rasa curiga pengadu telah memberikan maklumat akaun bank kepada sindiket itu sebelum mendapati duit simpanannya dalam Tabung Haji yang berjumlah RM9,200 telah dipindahkan ke akaun bank lain tanpa pengetahuannya," katanya.
Katanya lelaki yang ditahan itu kini direman selama empat hari dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang mangsa kerugian RM28,000 kononnya terlibat dalam pengubahan wang haram dan pengedaran dadah, baru-baru ini. - Gambar hiasan
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.