JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan along dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 28 tahun itu, yang menaiki pesawat dari utara ke Johor, diberkas sebaik tiba di lapangan terbang tersebut.
Beliau berkata penahanan itu adalah susulan daripada tangkapan empat individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan sama sebelum ini.
"Penahanan lelaki terbabit yang berjaya dikesan berada di dalam sebuah pesawat sebaik tiba di lapangan terbang terbabit dibuat berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 serta Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Terdahulu, video berdurasi 12 saat memaparkan pihak polis menjalankan tugas bagi mengesan lelaki itu di dalam sebuah pesawat tular di aplikasi TikTok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Raub berkata suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 serta Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Bytedance perkenal sokongan integrasi akaun TikTok pada aplikasi Lemon8
Lemon8 memfokuskan pada perkongsian koleksi gambar atau video, mirip kepada Pinterest, untuk memaparkan informasi dan perkongsian.
TikTok jamin teliti isu buli siber, scam, fitnah - PM
Anwar dan Zi Chew turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Aura Ina Naim menyerlah, 22,000 tonton pasangan pengantin baharu
Siaran tersebut memperoleh 2.7 juta tanda suka dan lebih 283,000 jumlah keseluruhan tontonan sepanjang hampir satu jam sesi berlangsung.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.
Kerugian pelaburan Khazanah, PNB: SPRM serbu empat premis perniagaan
SPRM menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain hari ini bagi membantu siasatan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB.
Jadual kerja Fattah Amin penuh hingga Februari depan
Kelibat Fattah Amin semakin menjadi tumpuan peminat dunia seni tanah air, khususnya wanita.
Ibu tunggal didenda RM4,000 buat kenyataan palsu di TikTok
Wan Ainsyatul Mime Wan Yuszaidi, 26, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret, Siti Nurul Suhaila Baharin pada Jumaat.