Polis Putrajaya menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan berkaitan penghantaran mesej berunsur ugutan kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi hari ini berkata menteri berkenaan menerima mesej berunsur ugutan itu ketika berada di pejabatnya di sini pada Isnin lepas.
Susulan itu, katanya pihak polis menjalankan siasatan dan menahan seorang penjual alat perubatan semalam dan merampas telefon bimbit miliknya.
Lelaki berumur 40 tahun itu direman selama sehari, bermula hari ini dan kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018

Penjual alat perubatan direman selama sehari dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelajar bergilir-gilir
Polis menahan 12 penuntut sebuah universiti awam bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul secara bergilir-gilir hingga cedera.

Pendakwaan akan buktikan 13 remaja pukul pelajar kolej vokasional sebelum meninggal dunia
Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif berkata bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian adalah kecederaan dada dan tisu lembut disebabkan objek tumpul.

Enam ditahan terlibat pergaduhan hingga sebabkan kematian
Lima lelaki dan seorang wanita berusia belasan tahun hingga 40 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Taman Sejati, Batu Anam di sini semalam.

Empat anggota polis direman, disyaki terlibat dalam kecurian barang kemas
Empat anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas milik seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di pakir sebuah kondominium di Setapak.

Bapa bebas tuduhan bunuh anak lelaki
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bapa daripada pertuduhan membunuh anak lelakinya, tiga tahun lepas.

Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.

Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.

Masalah peribadi, hutang dipercayai punca pengawal keselamatan dibunuh
Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas.

Guna dokumen palsu: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara peguam dan suami
Mahkamah Rayuan di sini telah mengekalkan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan ke atas seorang peguam dan suaminya kerana menggunakan dokumen palsu untuk memindahkan harta pada 2013.

Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney
Muhammad Daniel Akmal, 21, dituduh menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, di sekolah berkenaan pada 28 Januari 2020.