KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta yang disorokkan di bahagian belakang kenderaan jenis Honda City di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata dadah itu ditemukan semasa sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah memeriksa sebuah kereta Toyota Vellfire dan sebuah Honda City yang dilihat mencurigakan sekitar tengah hari.
"Hasil pemeriksaan mendapati dadah methamphetamine disorokkan di bahagian belakang kereta Honda City, selain 1.7 gram dadah jenis methamphetamine turut dijumpai di dalam pemilikan salah seorang daripada suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kereta Honda City itu dinaiki dua lelaki manakala Toyota Vellfire dinaiki seorang lelaki serta dua wanita, dan kedua-dua kenderaan itu dipercayai tiba dari Pantai Timur Semenanjung, dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah berkenaan.
"Susulan penahanan lima suspek itu, polis menahan seorang lagi lelaki kira-kira 6.15 petang hari yang sama di Jalan Chendana di sini, dipercayai ahli sindiket yang berperanan sebagai penerima dan 'runner' dadah," katanya.
Noor Dellhan berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek yang berumur 20 hingga 49 tahun itu mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, dan kesemua suspek kini direman sehingga 15 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Kesemua suspek kini direman sehingga 15 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar hiasan
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Polis kenal pasti tiga individu terlibat kes gaduh
Polis Daerah Dang Wangi sedang mengesan tiga individu terbabit bagi membantu siasatan.
Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.