IPOH: Polis berjaya menahan dua lelaki selepas disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di beberapa kawasan di Perak sejak 10 bulan lalu pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu, suspek pertama yang berusia 22 tahun telah ditahan pada pukul 9.15 malam, di Bidor.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan polis berjaya menemukan 17 paket plastik disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 14 gram (g) serta, 10 bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat kira-kira 4.60 kilogram (kg).
Tambah beliau, kejayaan rampasan dadah yang bernilai RM161,543 itu membawa kepada penangkapan suspek kedua yang berusia 37 tahun sekitar sejam kemudian di Teluk Intan.
“Ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas kedua-dua suspek yang merupakan penganggur dan pemandu lori. Hasil ujian berkenaan mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
“Semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah dan jenayah.
“Kesemua dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di kawasan Tapah, Bidor dan Teluk Intan dengan anggaran boleh digunakan kepada 15,000 orang penagih,” katanya dalam sidang media di IPK Perak, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Yusri, dalam serbuan berkenaan sebuah kereta dengan nilai RM15,000 turut disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan harta) 1988.
Tambah beliau, kedua-dua suspek juga direman selama tujuh hari iaitu sehingga 5 November depan.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati,” jelas beliau lagi.
Amirrul Rabbani
Mon Oct 31 2022
![Polis tahan dua rakan disyaki edar dadah sejak 10 bulan lalu Polis tahan dua rakan disyaki edar dadah sejak 10 bulan lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667207882_YusriHassanBasri.jpg)
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) menunjukkan rampasan dadah daripada dua rakan yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di beberapa kawasan di Perak sejak 10 bulan lalu pada Sabtu lepas. - Gambar Astro AWANI
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Polis tahan dua rakan disyaki edar dadah sejak 10 bulan lalu Polis tahan dua rakan disyaki edar dadah sejak 10 bulan lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667207882_YusriHassanBasri.jpg)
Polis tahan dua rakan disyaki edar dadah sejak 10 bulan lalu
Dadah bernilai RM161,543 turut dirampas daripada suspek.