GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kes duit palsu dengan seorang daripadanya berperanan menjual wang kertas RM100 dipercayai palsu dalam serbuan di sini dan Jalan Tebrau, Johor pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata penahanan dua lelaki itu ekoran laporan polis diterima daripada penolong pengurus stor sebuah kedai serbaneka di Jalan Macalister, di sini berhubung seorang lelaki membeli kupon tambah nilai Touch N Go menggunakan wang kertas RM100 dipercayai palsu pada 8 Julai lepas.
"Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap lelaki itu kawasan George Town pada 11.30 malam dan serbuan di rumahnya di Bukit Mertajam berjaya merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dan tujuh keping kupon tambah nilai Touch N Go.
Hasil siasatan mendapati suspek mendakwa membeli sebanyak 30 keping wang palsu RM100 dengan harga RM1,000 daripada seorang lelaki tempatan yang dikenali menerusi laman sosial Instagram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya hasil maklumat dan risikan polis berjaya menahan lelaki kedua yang dipercayai berperanan menjual wang kertas palsu itu dalam serbuan di Jalan Tebrau bagi membantu siasatan kes itu.
Soffian berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Seksyen 489B Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam satu kenyataan berkata pihak polis menyita sebanyak lapan motosikal menurut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi samseng jalanan dan mat rempit di kawasan tumpuan mereka berlumba haram di daerah itu.
Kenyataan itu memaklumkan, polis turut mengeluarkan 30 keping saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi bermula 12.30 tengah malam hingga 4 pagi itu.
"Selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Operasi ini juga, turut tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
![Polis tahan dua lelaki terlibat kes wang palsu Polis tahan dua lelaki terlibat kes wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689229939_PDRM.jpg)
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kes duit palsu dengan seorang daripadanya berperanan menjual wang kertas RM100 dipercayai palsu dalam serbuan pada Rabu lepas. - Gambar hiasan/Twitter@bernamadotcom
Tayangan 'BeetleJuice BeetleJuice' buka tirai Festival Filem Venice
Sekuel 'Beetlejuice Beetlejuice' yang diarahkan oleh Tim Burton akan membuka tirai festival filem antarabangsa Venice 2024.
Tujuh mayat rakyat Palestin ditemui dalam serangan baru
Sekurang-kurangnya 7 mayat rakyat Palestin ditemui pada Rabu dalam serangan oleh tentera Israel yang terbaharu.
Dua cedera kejadian tikam di pusat beli belah Israel
Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan dua lelaki terbaring di atas lantai pusat beli-belah berkenaan ketika orang ramai cuba memberi rawatan kecemasan.
Wanita mangsa paling ramai terkorban
Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa adalah wanita, menurut senarai kematian.
10 Berita Pilihan - (03 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Jumlah sumbangan yang diterima melalui tabung solidariti bersama Selangor FC yang dibuka bermula 26 Jun hingga 2 Julai ditutup dengan jumlah RM76,490.06.
Malaysia akan terus suarakan hak Palestin di UNGA
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia akan terus menggunakan pentas antarabangsa untuk bersuara mengenai hak Palestin secara lantang.
Belum ada keperluan bawa balik tentera pengaman di Lubnan
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Wisma Putra sentiasa memantau keadaan di Semenanjung Gaza dan kawasan sekitar termasuk ketegangan yang berlaku di Lubnan.
PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Sejumlah 53.2 peratus pengundi yang ditemui menyatakan akan mengundi PH, manakala 43.0 peratus mengundi Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya adalah pengundi atas pagar.
Da'i Syed tarik balik rayuan
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
![Polis tahan dua lelaki terlibat kes wang palsu Polis tahan dua lelaki terlibat kes wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689229939_PDRM.jpg)
Polis tahan dua lelaki terlibat kes wang palsu
Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Seksyen 489B Kanun Keseksaan.