GEORGE TOWN: Polis menahan 50 individu kerana positif dadah dan memiliki bahan terlarang itu dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata 33 lelaki dan 17 wanita itu ditahan dalam operasi yang bermula 3 pagi, hasil maklumat dan risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Beliau berkata pihaknya mendapati terdapat kegiatan penyalahgunaan dadah di premis itu yang beroperasi hingga pukul 7 pagi serta merampas 11.83 gram (g) serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan 2.87g ketamin, kesemuanya bernilai RM1,020.
Soffian berkata pihaknya turut menahan 11 wanita warga asing dari Vietnam, Thailand dan Indonesia kerana pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selain dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan di situ.
"Semasa serbuan itu, pihak polis menghadapi kesukaran untuk masuk ke pusat hiburan itu kerana pintu premis tersebut dikunci dari dalam dipercayai cubaan beberapa pengunjung melarikan diri dari situ.
"Namun usaha mereka ternyata sia-sia apabila kesemua mereka berjaya ditahan oleh pasukan serbuan yang terlebih dahulu mengepung kawasan pusat hiburan berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023

ACP Soffian berkata 33 lelaki dan 17 wanita itu ditahan hasil maklumat dan risikan oleh JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. - Bernama
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.

Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.

Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.

Mekanik mengamuk di plaza tol positif dadah, ada 17 rekod jenayah
Padah menanti mekanik berusia 31 tahun selepas menghambur kata-kata kesat pada jurutol serta menendang dinding kaunter.

Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dari Kelantan didapati positif dadah
Enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita dari Kelantan yang ditahan polis Thailand semalam bersama 6,000 biji pil kuda didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.

Pemandu lori positif dadah rempuh empat kenderaan, seorang maut
Polis berkata akibat rempuhan itu seorang penunggang motosikal mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lelaki ugut bakar anak positif dadah, punyai 12 rekod lampau - Polis
Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya di Kuantan, didapati positif dadah jenis methamphetamine.