Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa.
"SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai keputusan PRU13.
"Cara yang dia (Anwar) buat sekarang adalah menghina dan mengkhianati rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara hari ini.
Pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU13 di Stadium Kelana Jaya, Rabu lepas, semalam di Pulau Pinang, dan hari ini dilapor akan berbuat demikian di Ipoh.
Zulkifli, yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, berkata siasatan suruhanjaya khas berkaitan dalang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan.
Beliau berkata ini penting kerana terdapat dakwaan pemimpin pembangkang terbabit dalam isu insiden itu, yang mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban selepas bertempur dengan musuh.
Bernama
Sun May 12 2013
![Polis,SPR perlu ambil tindakan tegas terhadap Anwar - Zulkifli Noordin Polis,SPR perlu ambil tindakan tegas terhadap Anwar - Zulkifli Noordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71366103887_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib - Ibrahim Ali Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib - Ibrahim Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582194316_DatukIbrahimAli.jpg)
"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![MIC bangkit menjadi 'kingmaker' dalam PRU15 MIC bangkit menjadi 'kingmaker' dalam PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/81559632361_MIC.jpg)
MIC bangkit menjadi 'kingmaker' dalam PRU15
Hubungan antara UMNO dan Bersatu semakin renggang kerana parti itu mendakwa kononya Bersatu membelakangkan kepentingan UMNO dalam kerajaan PN.
![MIC mampu raih sokongan majoriti pengundi India MIC mampu raih sokongan majoriti pengundi India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595823454_masyarakatindia.jpg)
MIC mampu raih sokongan majoriti pengundi India
Vigneswaran banyak menumpukan perhatian kepada isu menjaga kebajikan ahli-ahli parti selain membela hak-hak politik mereka.
![Najib lebih suka terima derma daripada kerabat Arab Saudi Najib lebih suka terima derma daripada kerabat Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579685940_KLSRCBN.jpg)
Najib lebih suka terima derma daripada kerabat Arab Saudi
Najib berkata, beliau lebih selesa jika tidak menerima sumbangan korporat kerana tidak mahu terhutang budi kepada sesiapa.
![Usahasama antara 1MDB-Aabar untuk biayai dana PRU13 - Saksi Usahasama antara 1MDB-Aabar untuk biayai dana PRU13 - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569468093_ShahrolAzral.jpg)
Usahasama antara 1MDB-Aabar untuk biayai dana PRU13 - Saksi
Shahrol Azral berkata, usahasama itu juga merupakan cadangan daripada Najib sendiri.
![Perbicaraan SRC: 'Derma kontroversi' RM2.6 bilion dari Arab Saudi timbul Perbicaraan SRC: 'Derma kontroversi' RM2.6 bilion dari Arab Saudi timbul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554971338_NajibSRC.jpg)
Perbicaraan SRC: 'Derma kontroversi' RM2.6 bilion dari Arab Saudi timbul
Derma itu dibangkitkan peguam pembelaan, Harvinderjit Singh apabila menyoal balas pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R. Uma Devi.
![Peluang menang lebih mudah untuk BN di PRK Rantau Peluang menang lebih mudah untuk BN di PRK Rantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51552021324_PRKRANTAU.jpg)
Peluang menang lebih mudah untuk BN di PRK Rantau
Kenyataan pemimpin MIC dan MCA untuk membubarkan BN baru-baru ini tidak menjejaskan prestasi BN sendiri dalam PRK Rantau kelak.
![Undi Pas tentukan keputusan PRK Cameron Highlands Undi Pas tentukan keputusan PRK Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529988377_CameronHighland.jpg)
Undi Pas tentukan keputusan PRK Cameron Highlands
SEBANYAK tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) telah diadakan pada tahun lepas iaitu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
![Bekas ADUN Gunung Semanggol meninggal dunia Bekas ADUN Gunung Semanggol meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51546922790_ADUNPERAK.jpg)
Bekas ADUN Gunung Semanggol meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan, 42 tahun, meninggal dunia di Hospital Taiping, kira-kira pukul 6.15 pagi Selasa.
![PRK Cameron Highlands tunjuk pola sokongan India kepada MIC PRK Cameron Highlands tunjuk pola sokongan India kepada MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81543837833_VIGNESWARAN.jpg)
PRK Cameron Highlands tunjuk pola sokongan India kepada MIC
Sokongan pengundi India secara besar-besaran telah membantu PH menamatkan pentadbiran kerajaan BN yang memerintah selama 61 tahun dan meletakkan PH di atas singgahsana Putrajaya.