KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran bau di dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, dekat sini, sehingga ia terpaksa dihenti tugas sepenuhnya, semalam.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata PDRM akan memberi laluan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti pihak yang akan dikenakan tindakan ekoran insiden itu.
“Dua loji yang terpaksa dihenti tugas itu memang berada di kawasan Selangor tetapi berdasarkan siasatan awal punca pencemaran di LRA terbabit berlaku di Negeri Sembilan.
“Pencemaran berlaku bermula dari kawasan hulu sungai itu (Sungai Semenyih) sehingga ke LRA berkenaan maka kami akan melihat dahulu siapa yang benar-benar bertanggungjawab,” katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya jika terbukti punca pencemaran berlaku di Negeri Sembilan maka polis kontinjen negeri berkenaan akan menubuhkan pasukan khas bagi menangani insiden yang memberi kesan terhadap 309,687 akaun pengguna di Selangor iaitu di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
Mengulas mengenai sama ada polis ada membuat rondaan dan pengawasan di LRA atau empangan, beliau berkata pihaknya tidak meningkatkan rondaan dan pengawasan di kawasan LRA atau empangan.
“Ini kerana kemudahan (LRA dan empangan) berkenaan memiliki penguat kuasa sendiri selain punca pencemaran insiden semalam tidak berlaku di LRA atau empangan,” katanya.
Sebelum ini, Bernama melaporkan pencemaran bau Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi dua LRA berkenaan dihentikan sejak 4.30 petang itu disyaki berpunca dari Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan dan aktiviti pencucian secara besar-besaran yang sedang dijalankan di kawasan reban itik dan angsa di tepi Sungai Pajam, Negeri Sembilan.
Berikutan itu, pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual di 274 kawasan terjejas tidak dapat ditentukan sehingga pagi ini dengan dua LRA itu masih belum beroperasi sepenuhnya setakat 12.30 tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
![Polis siasat pencemaran bau di dua LRA - Arjunaidi Polis siasat pencemaran bau di dua LRA - Arjunaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51590079417_Arjunaidi.jpg)
Arjunaidi berkata PDRM akan memberi laluan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti pihak yang akan dikenakan tindakan ekoran insiden itu. - Gambar fail/BERNAMA
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721172424_tbGrandHyattErawan.jpg)
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
![Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
![Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
![Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682030052_StadiumSultanMizan.jpg)
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
![PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
![Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717303469_TanSriRazaruddin.jpg)
Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
![MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720840148_PDRMMCMC.jpg)
MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber
MCMC dan PDRM akan meneliti SOP untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.
![KDN FC diminta kekal momentum kemenangan KDN FC diminta kekal momentum kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720605527_TBkelantan.jpg)
KDN FC diminta kekal momentum kemenangan
Michal Jerabek menuntut rakan sepasukannya terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menentang Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.
![PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720519997_Shuhaily.jpg)
PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).
![Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720502280_SaifuddinNasutionI.jpg)
Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution
Tindakan itu adalah sebagai antara langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.
![Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius
Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Pulau Pinang terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan penugasan demi memelihara ketenteraman awam, kata Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad.
![10,000 sertai Community Safety Run PDRM 10,000 sertai Community Safety Run PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720408329_PDRMRun.jpg)
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat