Ringkasan AI
- Semua balai polis di seluruh negara akan menutup pintu pagar selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
- Tindakan ini diambil untuk memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai, dan premis utama polis serta menjaga keselamatan anggota bertugas.
- Langkah ini juga bertujuan untuk mengimbangi keperluan masyarakat yang menggunakan balai polis dan menjaga keselamatan balai yang boleh menjadi sasaran serangan.
Menurutnya, tindakan itu adalah sebagai antara langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.
Tambahnya, langkah itu diambil sebagai mengimbangi keperluan untuk masyarakat dan menjaga keselamatan anggota bertugas.
“Ekoran peristiwa di Balai Polis Ulu Tiram, tindakan segera PDRM adalah memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan premis utama polis di bawah arahan pentadbiran supaya perbaiki beberapa arahan.
“Susulan isu sama, arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polis Negara turut memasukkan supaya balai polis ditutup selepas 10 malam.
“Kita kena imbangi balai polis sebagai tempat rakyat mengadu dan dalam masa sama balai polis juga turut jadi sasaran. Jadi, kita kena imbangi kedua-duanya,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa, menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot (GPS - Serian) mengenai langkah untuk memperketatkan keselamatan di balai polis di Malaysia susulan insiden baru-baru ini.
Kes di Ulu Tiram menyaksikan dua anggota polis terkorban selepas diserang seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang dengan suspek juga meninggal dunia.
Serangan itu turut mengakibatkan seorang lagi anggota polis cedera akibat terkena tembakan di bahu.