Beberapa hari selepas media melaporkan polis sedang menyiasat kes seorang wanita hamil disamun dua lelaki di luar tandas sebuah restoran di sini, polis hari ini memberitahu bahawa siasatan mendapati kejadian itu tidak pernah berlaku, hanya rekaan semata-mata.
Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata wanita berumur 33 tahun yang hamil lima bulan itu mereka-reka cerita kononnya dia disamun, kerana bimbang selepas dia menghabiskan wang suaminya dengan aktiviti judi dalam talian.
Beliau berkata wanita itu dalam laporannya mendakwa dia disamun dua lelaki di luar tandas restoran berkenaan selepas mengeluarkan wang RM4,000 dari bank pada hari berkenaan, dan dia turut mendakwa mengalami beberapa kecederaan ringan selepas ditolak sehingga jatuh ke lantai sebelum barang kemasnya diragut, dan wang dilarikan.
"..bagaimanapun selepas diperiksa dengan pihak bank, kami dapati tiada pengeluaran dibuat oleh wanita itu, kisah yang diceritakan semuanya palsu. Jangan berbohong kepada polis, ia memeningkan kami dan banyak membuang masa kami," katanya kepada pemberita.
Muhamad Farid berkata kes disiasat mengikut seksyen 182 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan membuat laporan palsu, yang boleh membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit dengan kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 24 2020
Kes disiasat mengikut seksyen 182 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan membuat laporan palsu, yang boleh membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.