JASIN: Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi, berkata pihaknya menerima aduan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 12.55 tengah hari.
Menurutnya, individu berusia 59 tahun dan bertugas sebagai polis bantuan di sebuah ladang datang ke bank itu untuk urusan gaji pekerja dan secara tidak sengaja telah tertembak ke arah lantai premis berkenaan menggunakan senapang jenis Vinwinchester.
"Tembakan itu menyebabkan seorang pengawal keselamatan lelaki berusia 25 tahun mengalami luka kecil di bahagian atas telinga kanan.
"Manakala dua perempuan masing-masing berusia 28 dan 46 tahun mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di bahagian paha dan betis kaki kiri disebabkan terkena serpihan batu mozek lantai bank tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Tambahnya, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 selain polis turut merampas senapang Vinwinchester model 1200 GA 2.3 chamber siri L 1207477 berserta kelongsong peluru.
Sementara itu saksi kejadian Nurul Ain Jumaat, 20, yang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit berkata, ketika insiden itu dia sedang berurusan untuk memasukkan duit di kaunter bank.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi satu tembakan kuat dari arah belakang dan saya sangka bank sedang dirompak.
"Namun saya ternampak seorang polis bantuan dalam keadaan tergamam sambil terlihat lantai jubin bank pecah dipercayai kerana tembakan itu," katanya.
Ujarnya, polis bantuan lelaki berusia 50-an dilihat masih terkejut dengan kejadian itu sebelum kakitangan bank meminta pelanggan beredar dari premis terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 05 2023

Lantai mozek sebuah bank di Jasin yang terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang polis bantuan. - Gambar/ Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lelaki mengamuk tak dapat keluar duit di ATM
Polis melepaskan empat das tembakan terhadap seorang lelaki yang berang dan bertindak agresif ekoran tidak berjaya mengeluarkan wangnya dari mesin Atm.