Polis membuka kertas siasatan berhubung kes buli ke atas seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah mengesahkan, setakat ini, indentiti suspek sudah dikenalpasti.

Mazlan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan merusuh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, PDRM melalui laman ‘Facebook’nya memaklumkan, hasil semakan dan maklumat orang ramai mendapati, kejadian berkenaan berlaku pada 4 Mac 2013.

Isu berkenaan bagaimanapun, sudah diselesaikan pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah.

Sebelum ini, video amatur itu tersebar luas di media sosial dan mengundang kemarahan banyak pihak mengenai kejadian buli itu.