Polis sedang menyiasat sama ada Perak dijadikan laluan masuk atau transit bagi pil kuda untuk diedar ke tempat lain berikutan penemuan dadah jenis tersebut yang banyak di negeri itu.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pada 2015 sebanyak 3,246 biji pil dirampas sebelum berkurang kepada 2,591 pil tahun lalu dan setakat ini tahun ini sebanyak 180,000 biji dirampas.
"Kenapa begitu banyak pil kuda ditemukan di Perak. Adakah permintaan untuk pil kuda bagi penagih sekitar Perak meningkat atau penagih telah berubah kepada dadah jenis lain," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Menurut Hasnan, rampasan sebanyak 180,000 biji pil kuda atau bersamaan 20.30 kilogram setakat ini tahun ini dibuat dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Felda di Sungkai kira-kira pukul 2 pagi Selasa lalu.
Katanya rampasan dadah jenis pil kuda bernilai RM3.6 juta oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Muallim itu adalah yang terbesar di Perak sejak lima tahun lalu.
"Hasil serbuan ke rumah tersebut polis turut menemukan dadah jenis syabu atau methamphetamine seberat 8.70 gram serta menahan dua lelaki masing-masing berumur 35 tahun.
"Kedua-dua suspek bukan peneroka (Felda), bekerja sebagai penyelia dan peniaga masing-masing positif dadah jenis amphetamine berdasarkan ujian air kencing," katanya.
Hasnan berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari mulai 11 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Menurut beliau pihaknya percaya pil kuda berkenaan diimport dari negara jiran dan ia belum sempat diedarkan kepada penagih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan (tengah) menunjukkan pil kuda ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini. - Bernama
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Operasi Ribut Al-Aqsa mimpi ngeri buat Israel - Penganalisis Arab
Seorang penganalisis Arab percaya bahawa Operasi Ribut Al-Aqsa, yang dilancarkan oleh pergerakan perjuangan Palestin, Hamas, mencetuskan perubahan ketara dalam persamaan pertempuran.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
KPKT laksana pelbagai inisiatif galakkan perbandaran mampan - Nga
Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha utama bagi menggalakkan perbandaran mampan.
AS minta imigran dari empat negara keluar apabila permit tamat
Imigran dari Cuba, Haiti, Nicaragua, dan Venezuela yang memasuki Amerika Syarikat melalui "program parol" perlu meninggalkan negara itu apabila permit dua tahun mereka tamat jika mereka tidak memperoleh cara lain yang sah untuk tinggal, umum pentadbiran Biden pada Jumaat.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan gesa pembaharuan dasar dadah dalam mesyuarat ISAM
Lukanisman berkata, menyahkriminalisasi penggunaan dadah membantu meminimumkan akibat berbahaya yang berkaitan dengan penggunaannya.
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
Supt Juna berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
MOT mahu pinda Akta 333, pastikan hukuman untuk pemandu positif dadah - Loke
Undang-undang sedia ada tidak membolehkan pendakwaan terhadap pemandu terbabit selagi mereka tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Wanita ditahan bersama lebih 200 kilogram methamphetamine
Sepasukan anggota Kastam, menemukan 13 guni berisi 268 bungkusan berlabel teh cina yang mengandungi dadah tersebut di dalam kereta jenis Hyundai Starex, dipandu oleh wanita terbabit.
Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK
Penglibatan remaja dan belia dengan najis dadah berpunca daripada keretakan masalah sosial.
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.
812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.