ALOR SETAR: Polis menumpaskan sindiket penipuan 'phone scam' dengan penahanan 54 individu yang sebahagian besar warga asing dalam serbuan di pusat panggilannya di kawasan Perusahaan Mergong 2, di Alor Setar.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang turut dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kuala Muda dan Langkawi pukul 6 petang Isnin.
Menurut Fisol, premis itu dipercayai telah disewa dan dijadikan sebagai pusat panggilan untuk kegiatan penipuan dan dipercayai telah menjalankan operasi selama empat bulan.
Katanya, suspek adalah seorang wanita warga Taiwan, dua lelaki warga Bangladesh, 19 lelaki warga Taiwan, 29 lelaki warga China serta tiga lelaki tempatan yang berumur antara 20 hingga 50 tahun.
"Sindiket ini menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai daripada agensi penguat kuasa sebelum memaklumkan bahawa akaun bank mangsa sedang disiasat dan wang mereka akan dibekukan atau hilang.
"Mangsa kemudian diminta untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket dan mereka ini menyasarkan mangsa dari negara China dan Taiwan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Rabu.
Menurut Fisol, dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Exora, sebuah lori jenis Isuzu, komputer riba, telefon bimbit, router, mesin pencetak, kertas skrip serta kertas yang mengandungi nombor akaun bank negara China.
Katanya, polis sedang mengesan dua lagi individu iaitu pemilik premis dan pemilik syarikat kenderaan yang dipercayai dapat membantu siasatan kes.
Kesemua suspek ditahan telah direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 55B(1) akta yang sama.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 05 2023
![Polis serbu pusat panggilan 'phone scam' antarabangsa, tahan 50 warga asing Polis serbu pusat panggilan 'phone scam' antarabangsa, tahan 50 warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688536268_phonescamkedah.jpg)
Suspek adalah seorang wanita warga Taiwan, dua lelaki warga Bangladesh, 19 lelaki warga Taiwan, 29 lelaki warga China serta tiga lelaki tempatan yang berumur antara 20 hingga 50 tahun. - Gambar/ Astro AWANI
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723705839_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
![Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000 Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723705134_TBAhLong.jpg)
Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000
Seorang orang suruhan ah long mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat merah di rumah keluarga peminjam, Januari lalu.
![Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723705177_TBMyREF.jpg)
Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf
Lebih daripada 30 asnaf bersama ahli keluarga mereka telah diraikan di Majlis Graduasi MyREF Hijrahpreneur Skills Program (MyREF HSP) di Auditorium High Impact Research, Universiti Malaya.
![Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723704577_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol
Polis telah mengenal pasti seorang pemain bola sepak yang ditahan kerana membawa kerambit ke padang bola, sebagai suspek kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
![Syarikat kurier tidak buat panggilan kepada pelanggan minta pindahan wang - Polis Syarikat kurier tidak buat panggilan kepada pelanggan minta pindahan wang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721713319_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Syarikat kurier tidak buat panggilan kepada pelanggan minta pindahan wang - Polis
Syarikat kurier tidak akan membuat panggilan kepada pelanggan bagi meminta pindahan wang dilakukan untuk mendapatkan barangan mereka yang sedang dalam pemeriksaan.
![Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam' Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.
![Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam' Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'
Seorang pegawai bank kerugian RM260,400 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
![Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721884953_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
![Wang simpanan RM120,000 lesap angkara 'phone scam' Wang simpanan RM120,000 lesap angkara 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Wang simpanan RM120,000 lesap angkara 'phone scam'
Lelaki berusia 27 tahun itu pada mulanya telah menerima panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 27 Jun lepas.
![Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam' Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711862825_MohdYusriHassanBa.jpg)
Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'
Seorang pegawai khidmat masyarakat di Taiping mengalami kerugian RM177,700 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.
![Jururawat rugi RM88,700 akibat phone scam Jururawat rugi RM88,700 akibat phone scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
![Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam' Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653759144_PhoneScams.jpg)
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
![Pengarah urusan rugi RM520,000 diperdaya 'phone scam' Pengarah urusan rugi RM520,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715656576_MKumarjpg.jpg)
Pengarah urusan rugi RM520,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pengarah urusan mengalami kerugian RM520,000 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon.
![Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam' Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam'atau penipuan melalui panggilan telefon,