SUNGAI PETANI: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah susulan penahanan lima lelaki di daerah Kuala Muda, Isnin lalu, melibatkan rampasan dadah bernilai RM58,496.
Ia susulan operasi yang dijalankan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan, serbuan dilakukan di sebuah pondok di dalam kandang lembu di Kampung Sungai Division, di sini, pada jam 11 malam.
“Hasil serbuan, polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 22 hingga 36 tahun.
“Pemeriksaan di dalam pondok itu menjumpai dadah jenis heroin dengan anggaran berat 660.5
gram (g) dan syabu seberat 1,007.5g.
"Turut dirampas, peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Zaidy berkata, tidak lama selepas itu, pasukan sama menahan dua lelaki tempatan di hadapan kandang lembu tidak jauh dari lokasi pertama pada jam 12.15 tengah malam.
Katanya, kedua-dua suspek berusia 35 dan 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan dadah.
Dalam serbuan itu polis turut merampas lima buah motosikal dan wang tunai RM1,700 dipercayai hasil jualan dadah.
Keseluruhan rampasan bernilai RM87,569.
Kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jan 13 2023
Polis menemui dadah jenis heroin dianggarkan seberat 660.5g dan syabu seberat 1,007.5g di sebuah pondok yang terletak dalam kandang lembu di Sungai Petani pada Isnin malam. - Foto ihsan PDRM
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Polis tahan dua lelaki tanam 143 pokok ganja
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira 1.7 kilogram ganja serta 143 pokok ganja dianggarkan bernilai RM3.6 juta.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM370,000 di Bukit Mertajam
Polis merampas enam bekas tin bertulis 'Royal British Butter' mengandungi tujuh paket plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan berat 5.2 kilogram bernilai RM170,000.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Dadah yang dirampas itu mampu menanggung penggunaan 30,000 penagih dadah.
Sewa kondominium mewah jadi stor, edar dadah
Itu taktik sindiket pengedaran dadah yang menjadikan kondominium mewah disewa antara RM2,500 ke RM3,000 sebagai tempat menyimpan dadah jenis ketamin dan pil ekstasi.
Dua beranak antara lima ditahan disyaki terlibat sindiket dadah
Ibu dan anak antara lima individu ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan dadah bernilai RM157,964.
Empat lelaki didakwa edar 59.5kg dadah
Empat lelaki didakwa atas pertuduhan mengedar 59.5 kilogram dadah jenis MDMA, 12 Ogos lepas.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
'Geng Potek' tumpas, lapan ditahan disyaki edar dadah
Katanya kesemua ahli Geng Potek berumur 19 hingga 51 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM54,550.20.
Polis serbu makmal proses kokain, rampas dadah RM9 juta
Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis kokain dan menahan pasangan suami isteri dan seorang lelaki dalam dua operasi di Cheras di sini Selasa lepas.
Jual ganja guna Telegram, 3 rakan karib ditahan
Polis menahan tiga rakan karib kerana dipercayai mendalangi satu sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja dengan mengumpul pelanggan melalui aplikasi Telegram, Isnin lepas.