SHAH ALAM: Polis Kontinjen Selangor akan membuat permohonan baik pulih serta selenggara kuarters dari semasa ke semasa bagi manfaat anggota di negeri itu susulan pengumuman peruntukan tambahan menyelenggara kemudahan agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kontinjen berkenaan sebelum ini telah menerima manfaat daripada Belanjawan 2023 dengan peruntukan berjumlah RM3.75 juta bagi tujuan itu.
"Ia bagi membaiki dan menaik taraf kuarters polis di seluruh Selangor. Selenggara dan baik pulih yang dilaksanakan merangkumi naik taraf rumah, mengecat kuarters yang daif dan pembaikan kerosakan lain," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata kuarters polis terlibat termasuk Kuarters Polis Bandar Sultan Suleiman, Klang; Kuarters Polis Seksyen 20, Shah Alam; Kuarters Balai Polis Damansara, Petaling Jaya; Kuarters Polis Sabak Bernam dan Kuarters Balai Polis Pulau Ketam, Pelabuhan Klang.
Menurut Hussein proses baik pulih itu dijangka selesai sebelum November depan.
Justeru, beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri dalam memastikan fasiliti perumahan warga polis di seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik.
Baru-baru ini, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan RM150 juta untuk selenggara kemudahan agensi KDN antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga ATM dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah KDN termasuk PDRM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan RM150 juta untuk selenggara kemudahan agensi KDN, antaranya PDRM. - Gambar hiasan
Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'
Sayf berkata beliau sedia bertanding sebagai pilihan 'wild card' dan menawarkan kepakarannya bagi menerajui badan induk bola sepak negara.
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Polis Selangor terima manfaat peruntukan baik pulih, selenggara kuarters
Kontinjen Selangor sebelum ini menerima manfaat daripada Belanjawan 2023 dengan peruntukan RM3.75 juta bagi tujuan baik pulih kuarters.