Polis Selangor memberkas 12 orang termasuk tiga wanita asing disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah, samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang sejak Ogos lalu dengan kerugian hampir RM400,000.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek berusia antara 30 dan 45 tahun itu ditangkap menerusi dua operasi di Puchong dan sebuah kondominium di Jalan Putramas Khamis lepas.
Mereka terdiri daripada sembilan lelaki tempatan, dua wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Semua suspek lelaki direman sehingga Khamis ini, manakala tiga wanita berkenaan direman sejak Khamis lepas sehingga hari ini, katanya.
Katanya polis juga merampas tiga kereta dan pelbagai barangan elektronik serta barangan kemas dipercayai dicuri kumpulan terbabit.
Bernama
Tue Nov 06 2012
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
URB S'gor cegah 12 kes dalam tempoh kurang sebulan
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Selangor berjaya mencegah 12 kes jenayah di negeri ini dalam tempoh kurang sebulan selepas unit itu dilancarkan, Disember lalu.
Polis Selangor bekas 12 suspek pecah rumah
Polis Selangor memberkas 12 orang termasuk 3 wanita asing disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di Lembah Klang.