Polis Sabah memberi lebih perhatian kepada pantai timur negeri ini khususnya Tawau dan Sandakan yang dikesan menjadi lokasi transit bagi elemen Daish serta penyeludupan dadah sebelum menuju ke destinasi 'sebenar'.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata polis memiliki pasukan khas bagi mengesan pergerakan golongan ini sepanjang masa.
"Adanya pasukan khas ini, beberapa siri tangkapan juga berjaya dilakukan," katanya ketika ditemui pada acara perarakan masuk lepa atau perahu tradisional sempena Regatta Lepa Semporna Jubli Perak 2019 di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu katanya, meskipun Sabah dijadikan transit point, keadaan masih terkawal dan masyarakat tidak perlu bimbang kerana anggota keselamatan sentiasa memantau rapi pergerakan elemen jenayah.
Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kumpulan Daish kini menjadikan Tawau dan Sandakan sebagai transit untuk memasuki Selatan Filipina serta Rakhine, Myanmar.
Baru-baru ini, Sandakan dan Tawau juga dilaporkan sebagai lokasi transit penyeludupan dadah sebelum dibawa ke negara jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2019
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata polis memiliki pasukan khas bagi mengesan pergerakan golongan ini sepanjang masa. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan gesa pembaharuan dasar dadah dalam mesyuarat ISAM
Lukanisman berkata, menyahkriminalisasi penggunaan dadah membantu meminimumkan akibat berbahaya yang berkaitan dengan penggunaannya.
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
Supt Juna berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
MOT mahu pinda Akta 333, pastikan hukuman untuk pemandu positif dadah - Loke
Undang-undang sedia ada tidak membolehkan pendakwaan terhadap pemandu terbabit selagi mereka tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Wanita ditahan bersama lebih 200 kilogram methamphetamine
Sepasukan anggota Kastam, menemukan 13 guni berisi 268 bungkusan berlabel teh cina yang mengandungi dadah tersebut di dalam kereta jenis Hyundai Starex, dipandu oleh wanita terbabit.
Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK
Penglibatan remaja dan belia dengan najis dadah berpunca daripada keretakan masalah sosial.
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.