Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya membongkar kegiatan memproses dadah di dua makmal berbeza di Johor semalam.
Hasil serbuan, tiga suspek warganegara India termasuk seorang warga tempatan berjaya ditahan serta merampas dadah disyaki syabu seberat 12 kilogram yang dianggarkan bernilai RM550,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, antara lokasi yang diserbu adalah sebuah kontena yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah.
“Pada 8 Oktober polis melancarkan dua serbuan di Ayer Hitam dan Yong Peng. Dua daripada yang ditahan adalah wargenegara India, seorang lagi dipercayai ahli kimia dan dadah bernilai RM550,000 dirampas.
“Polis juga merampas peralatan memproses dadah serta menyita dua buah kenderaan dan pelbagai barangan kemas. Siasatan menunjukkan bahawa dadah yang dirampas ini untuk kegunaan tempatan dan juga kemungkinan dihantar ke Singapura, dan Indonesia,” katanya dalam satu sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Menurutnya, daripada 12 kilogram dadah yang dirampas itu, 5.2 kilogram adalah jenis kristal, manakala 6.8 kilogram lagi dalam bentuk cecair dan kesemua rampasan itu dipercayai boleh diedar kepada lebih 60 ribu penagih.
Hasil ujian saringan awal air kencing, dua lelaki warganegara India itu didapati negatif dadah manakala seorang lelaki tempatan didapati positif ganja, selain mempunyai rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek yang berusia 32 tahun hingga 49 tahun itu kini ditahan reman sehingga 14 Oktober untuk siastaan lanjut mengikut seksyen 39B Akta dadah berbahaya 1952.
Astro Awani
Sun Oct 09 2016
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd menunjukkan dadah dipercayai jenis syabu yang dirampas semalam. - Foto Bernama
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Tiga sindiket pengedaran, penyeludupan dadah lebih RM5 juta tumpas
Serbuan dilakukan sejak dua hari lalu itu berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.3 juta.
Malaysia, Thailand ikrar tingkatkan kerjasama perangi dadah
Malaysia juga berjaya mematahkan cubaan menyeludup 55 tan ketum dan 22 kg kokain ke Thailand dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Dadah dan bahan proses dadah dipercayai dimport dari China dan kawasan segi tiga emas - Pengarah JSJN
Berdasarkan kepada perkongsian maklumat perisikan Biro Siasatan Jenayah Taiwan, bekalan dadah dan bahan untuk memproses dadah itu dibawa masuk ke negara ini melalui sindiket antarabangsa.
Polis rampas syabu lebih setengah juta ringgit di Ayer Hitam, Yong Peng
Hasil serbuan,tiga suspek warganegara India termasuk seorang warga tempatan berjaya ditahan.
Reman seminggu susulan rampasan 214 botol vape perisa ganja
Tujuh individu termasuk dua pasangan suami isteri yang ditahan susulan penemuan cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis ganja.
'Shisha stick' bukan kaedah baru edar dadah - Polis
Polis berkata shisha stick adalah kategori rokok elektronik, yang mempunyai fungsi sama seperti vape.
#Kitalawan: Seorang daripada yang ditahan, individu diburu polis
Seorang daripada empat lelaki yang ditahan sejurus perhimpunan #KitaLawan merupakan individu diburu polis.
10 rakyat Singapura ditahan atas kesalahan trafik
Polis menahan sepuluh rakyat Singapura yang mempunyai waran tangkap atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi Ops Warta di negeri ini.