KUALA LUMPUR: Polis merampas minuman keras seludup tidak bercukai bernilai RM1.5 juta dan menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dalam dua serbuan di Jalan Sungai Besi, Cheras di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam serbuan pertama, sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih telah menahan seorang wanita Vietnam berumur 44 tahun di sebuah premis yang terletak di Jalan Sungai Besi.
"Dalam serbuan pada 2 petang itu, polis telah merampas 108 kotak arak dan 116 karton arak pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM230,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.
Susulan soal siasat terhadap suspek pertama itu, Zam Halim berkata polis telah membuat satu lagi serbuan di sebuah lagi premis di Jalan Sungai Besi dan menahan dua lelaki berumur 29 dan 31 tahun, masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga asing pada 3.30 petang hari yang sama.
"Polis merampas sembilan kotak arak jenis Corona Extra dan 1,818 karton arak pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM1.2 juta, selain sebuah lori Mitsubishi Fuso.
"Reman terhadap suspek warga tempatan telah dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 3 Okt manakala reman terhadap bukan warganegara telah dibenarkan selama 14 hari sehingga 13 Okt," katanya.
Sementara itu, Zam Halim berkata kertas siasatan membabitkan lima anggota polis yang disyaki terlibat melarikan orang awam dari sebuah kedai makan di Desa Petaling, Selasa lepas, akan dirujuk ke Bukit Aman terlebih dahulu.
Beliau berkata ini kerana ia membabitkan pegawai kanan dan anggota polis selain terdapat beberapa lagi individu perlu dirakam keterangan mereka untuk melengkapkan siasatan itu.
"Polis juga memerlukan sedikit masa untuk menyemak semula ketelusan laporan yang dibuat oleh mangsa sama ada ia benar berlaku atau sebaliknya," katanya.
Jumaat lepas, media melaporkan lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan orang awam dari sebuah kedai makan dan mangsa mendakwa dirinya dilarikan sekumpulan lelaki sebelum dipukul di suatu lokasi di Kuala Lumpur.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 365, Seksyen 342 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Zam Halim berkata dalam serbuan pertama, sepasukan pegawai dan anggota dari PGA Batalion 4 Semenyih telah menahan seorang wanita Vietnam berumur 44 tahun di sebuah premis yang terletak di Jalan Sungai Besi. - Gambar Bernama
Israel meterai perjanjian untuk pertingkat penghasilan bom
Kementerian Pertahanan Israel mengumumkan memetrai perjanjian bernilai kira-kira AS$275 juta dengan Elbit Systems, syarikat persenjataan swasta terbesar di negara itu, bagi menghasilkan bom berat dan bahan mentah untuk pertahanan secara domestik.
Israel seru lancar operasi skala besar di Tebing Barat
Israel menerusi Menteri Kewangannya Bezalel Smotrich, menyeru agar operasi berskala besar dilancarkan di Tebing Barat yang diduduki.
Mahkamah Rayuan tolak permohonan tangguh jatuh hukuman
Mahkamah Rayuan New York pada Selasa telah menolak permohonan Presiden Pilihan Donald Trump untuk menghentikan penjatuhan hukuman yang dijadualkan pada Jumaat ini berhubung sabitan beliau dalam kes jenayah berkaitan bayaran hush money kepada seorang bintang lucah.
Mahkamah Korea Selatan lanjutkan waran untuk tahan Yoon
Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Selasa meluluskan lanjutan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol yang berhadapan proses pendakwaan susulan tindakan singkat beliau menguatkuasakan undan
Jasad Jimmy Carter tiba di Washington, pengebumian negara berlangsung 9 Januari
Jasad bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter, tiba di Washington pada Selasa.
NIOSH sedia kerjasama, wujudkan modul latihan kompetensi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sedia bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan agensi lain untuk mewujudkan modul latihan kompetensi lebih terperinci dalam melatih operator kenderaan berat.
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
PM gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi bumiputera
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penegasan dan cabaran kepada ketua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasakan pembangunan ekonomi bumiputera.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada 126, cedera 188 orang
Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa.
Terbuka Malaysia: Hanya tiga pasangan negara lepasi pusingan pertama
Walaupun sebahagian besar wakil negara terpaksa berputih mata pada hari pembukaan Terbuka Malaysia 2025, tiga pasangan termasuk beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu lela
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal dunia
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.
Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
JKDM Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Polis rampas 214 karton minuman keras bernilai lebih RM98,000
Polis merampas 214 karton minuman keras dipercayai tanpa cukai kastam dianggar bernilai lebih RM98,000 dalam dua serbuan di sekitar Gelang Patah, pada Rabu dan Khamis lepas.
JKDM Pahang rampas minuman keras bernilai lebih RM850,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras bernilai lebih RM850,000 termasuk cukai dan duti sejak Januari hingga September tahun ini.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.