Polis Pulau Pinang akan melancarkan Ops Sayang III bagi mengesan beberapa lagi sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang aktif di sekitar negeri ini.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya mengenal pasti sindiket terbabit tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis.
"Susulan Ops Sayang I dan II, kita akan lancar Ops Sayang III kerana polis telah kenal pasti sindiket lain yang dipercayai turut terlibat menjual bayi dan kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata pemberita selepas merasmikan Program Polis dan Komuniti Seberang Perai Selatan (SPS) Bersama Membanteras Jenayah di Balai Polis Tasek Mutiara, Simpang Ampat dekat sini malam tadi.
Abdul Rahim berkata pihaknya kini sedang mengumpul maklumat dan mengadakan risikan tentang sindiket terbabit.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata lapan individu yang ditahan sejak Sabtu lepas dibebaskan hari ini berikutan tempoh tahanan reman mereka sudah tamat.
Beliau berkata pihaknya merekodkan keterangan daripada lima wanita dan tiga lelaki berusia antara 28 dan 50 tahun itu dan mereka dibebaskan dengan jaminan mahkamah mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.
Ahad lepas, akhbar melaporkan 22 bayi dan kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang berjaya diselamatkan di Selangor, Johor, Perak, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Menerusi Ops Sayang II itu, polis Pulau Pinang berjaya membongkar dan menahan 45 orang termasuk seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang juga dalang sindiket berkenaan.
Bernama
Wed Feb 27 2013
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Sindiket jual bayi: Reman ibu kandung, ejen dilanjut 4 hari
Permohonan sambung reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.
Bapa di China tergamak jual bayi berusia 10 hari
Menurut polis daerah Yiwu, lelaki bernama Xiaohui itu dikatakan kecewa apabila mendapat anak perempuan untuk kali kedua.
Empat ditahan jual bayi di Instagram
Polis berkata mereka juga berjaya memintas satu transaksi tetapi masih mencari sekurang-kurangnya seorang bayi telah dijual.
Siasatan menyeluruh ke atas dakwaan doktor terlibat dalam sindiket jual bayi
Kementerian Kesihatan akan melakukan siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi ke atas dakwaan terdapat sindiket menjual bayi melibatkan pengamal perubatan di negara ini seperti laporan Al Jazeera.
KKM lancar siasatan susulan dokumentari jual bayi - Dr Subramaniam
Siasatan khusus ke atas doktor dan beberapa kemudahan penjagaan kesihatan yang dipaparkan dalam dokumentari terbitan Al-Jazeera.
Jual anak sendiri untuk beli iPhone, lelaki dipenjara tiga tahun
Lelaki tersebut menemui pembeli di laman media sosial yang bersetuju membayar 23 ribu yuan (RM14,400) untuk anaknya yang berusia 18 hari.
Polis Pulau Pinang lancar Ops Sayang III
Polis P. Pinang melancarkan Ops Sayang III bagi mengesan beberapa lagi sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang aktif di negeri ini.
Seorang lagi mangsa sindiket jual bayi diselamatkan
Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dan menahan sepasang suami isteri dalam satu serbuan di Bukit Mertajam.