KUALA LUMPUR: Polis akan mempertingkat operasi pemantauan terhadap kenderaan berat khususnya kenderaan perdagangan di ibu negara mulai hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata tindakan itu diambil susulan kemalangan maut yang membabitkan 14 buah kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, di Putrajaya semalam.
"Di Kuala Lumpur memang setiap hari kita menjalankan operasi pemeriksaan terhadap kenderaan berat ini, namun mulai hari ini kita akan pertingkatkan lagi operasi khususnya terhadap kenderaan perdagangan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Selain waktu operasi terhad iaitu 6.30 pagi hingga 9.30 pagi di ibu negara, kita akan beri tumpuan juga khusus di laluan masuk macam di Putrajaya dari Puchong, Selangor. Kalau berlaku perlanggaran yang memerlukan tindakan sita, kita akan ambil, tiada kompromi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2 di sini, hari ini.
Mengulas mengenai sama ada aspek mekanikal treler menjadi punca kemalangan malang itu, Allaudeen berkata polis sedang menunggu laporan pemeriksaan daripada JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu treler tersebut.
Beliau berkata pemandu berusia 25 tahun itu telah ditahan semalam dan akan direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kemalangan kira-kira 10.15 pagi semalam, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh lagi cedera selepas dirempuh sebuah treler membawa muatan pasir dari arah belakang ketika berhenti di lokasi kejadian, bagi memberi laluan kepada latih amal Polis Diraja Malaysia untuk acara berbasikal antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL).
Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai pekerja Pos Malaysia, Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan pekerja di Mahkamah Ampang, Yuswar Mohd Uyus, 39.
Kemalangan itu turut melibatkan 14 kenderaan iaitu treler terbabit, sebuah lori satu tan, tujuh kereta serta lima motosikal termasuk sebuah motosikal polis trafik.
Mengenai minggu pertama Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2, Allaudeen berkata sebanyak 36,432 saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dengan halangan lalu lintas mencatatkan jumlah kesalahan tertinggi iaitu 27,755 saman.
"Sepanjang operasi ini seramai 59 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik selain tindakan sita dibuat ke atas 29 buah kenderaan membabitkan 27 motosikal dan dua lori," katanya.
Operasi itu dilaksanakan selama dua minggu bermula 15 Sept lepas dan berakhir 29 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Polis akan mempertingkat operasi pemantauan terhadap kenderaan berat khususnya kenderaan perdagangan di ibu negara mulai hari ini. - Gambar fail
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Polis pertingkat operasi pantau kenderaan perdagangan di ibu negara
Polis akan mempertingkat operasi pemantauan terhadap kenderaan berat khususnya kenderaan perdagangan di ibu negara mulai hari ini.