IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM58 juta membabitkan 4,991 kertas siasatan sepanjang tempoh 33 tahun.
Ia melibatkan 10 jenis dadah seberat 1,561.4 kilogram, daun ketum 2,773.7 kilogram dan 1.7 juta liter cecair ketum serta ubat batuk.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mazlan Santarai berkata, kerja-kerja pelupusan itu akan dijalankan sebuah syarikat di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.
"Kesemua eksibit ini adalah hasil daripada serbuan dan rampasan yang dilakukan, serta telah pun selesai kes perbicaraan mahkamah.
"Jumlah keseluruhan bagi pelupusan yang dilakukan ini dianggarkan bernilai RM58,084,974.55, membabitkan sebanyak 4,991 kertas siasatan sejak tahun 1988, bagi kes yang telah selesai perbicaraan.
"Ia melibatkan 15 daerah iaitu Ipoh, Taiping, Manjung, Hilir Perak, Tapah, Kuala Kangsar, Batu Gajah, Sungai Siput, Muallim, Kampar, Gerik, Kerian, Pengkalan Hulu, Selama dan Perak Tengah," katanya.
Mazlan bercakap pada sidang media di Majlis Pelupusan Barang Kes Narkotik JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.
Antara dadah yang dilupuskan adalah ganja seberat 699kg, heroin (413kg), syabu (34kg), ketamin (1.2kg), estacy (21.86 gram) dan 57 gram eramin 5.
Dalam pada itu, Mazlan berkata, seramai 1,752 individu telah diambil tindakan sepanjang tempoh Januari hingga September lalu bagi tindakan pembanterasan ke arah pengurangan bekalan dadah.
Bagi tindakan pembanterasan ke arah pengurangan permintaan memiliki dadah pula, ia melibatkan seramai 3,721 orang.
Sementara itu, 1,598 orang telah diambil tindakan sepanjang tempoh sama tahun ini, bagi pembanterasan ke arah pengurangan urin positif.
Pada masa sama, sebanyak 3,777 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.
Daripada jumlah itu, sebanyak 3,543 kertas siasatan telah dituduh, iaitu pencapaian sebanyak 94 peratus.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Nov 02 2021

Mazlan (kiri) ketika hadir pada Majlis Pelupusan Barang Kes Narkotik JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis Kelantan lupus dadah bernilai RM89.3 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM89.3 juta yang dirampas sejak 1997.

Polis N.Sembilan lupus dadah bernilai hampir RM500,000
Ia membabitkan 36,445.41g dadah termasuk heroin, methamphetamine, ganja dan ketamin selain 47.3 liter kodien dan 586kg daun ketum.

Polis Terengganu lupus dadah lebih RM6 juta
Polis Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.2 juta yang dirampas bermula 1996 hingga tahun ini.

Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta
Polis akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.89 juta yang dirampas sekitar ibu negara dari 2001 hingga 2021, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Polis Kelantan lupus dadah lebih RM90 juta
Polis Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM90.287 juta yang dirampas sepanjang 17 tahun bermula 2006 lalu.

Polis Sarawak lupus dadah bernilai RM1.78 juta
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM1.78 juta yang dirampas sejak 10 tahun lepas.

Polis Perak lupus dadah bernilai RM58 juta
Ia melibatkan 10 jenis dadah seberat 1,561.4 kilogram, daun ketum 2,773.7 kilogram dan 1.7 juta liter cecair ketum serta ubat batuk.