Seramai 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun berjaya diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia yang mengeksploitasi mereka sebagai peminta sedekah dalam operasi dijalankan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bandaraya Ipoh pada malam Jumaat.
Dalam serbuan sekitar 11.15 malam dan 1.45 pagi itu, pihak polis turut memberkas dua suspek lelaki dan wanita berusia 40-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengeksploitasi kesemua kanak-kanak tempatan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, kesemua kanak-kanak malang berkenaan dipercayai digunakan sebagai 'ejen' peminta sedekah selain menjual ubat-ubatan herba selain kalendar di sekitar daerah Ipoh dan Taiping.
"Kanak-kanak perempuan yang diselamatkan itu akan ditempatkan di rumah perlindungan di Negeri Sembilan, manakala dua suspek yang diberkas kini direman selama lima hari bermula hari ini ( Sabtu).
"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 berkenaan pemerdagangan kanak-kanak yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda," katanya dalam sidang media di sini pada petang Sabtu.
Tambahnya, antara agensi yang terlibat dalam serbuan tersebut adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak, dan Bahagian D7 Perak.
"Istilah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang tidak sah di Malaysia merupakan jenayah rentas sempadan yang menimbulkan situasi membimbangkan.
"Justeru, polis akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk membanteras kegiatan permedagangan manusia ini sama ada membabitkan warga tempatan atau warga asing," ujarnya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Oct 08 2016
![Polis patahkan sindiket eksploitasi kanak-kanak jadi peminta sedekah Polis patahkan sindiket eksploitasi kanak-kanak jadi peminta sedekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81475916834_SindeketIpoh.jpg)
Kesemua kanak-kanak malang berkenaan dipercayai digunakan sebagai 'ejen' peminta sedekah selain menjual ubat-ubatan herba selain kalendar di sekitar daerah Ipoh dan Taiping. - Foto Astro AWANI/NAZIALITA GEYNNA MAHARAN
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Eksploitasi kanak-kanak: Kerajaan pertimbang pinda akta ketinggalan zaman Eksploitasi kanak-kanak: Kerajaan pertimbang pinda akta ketinggalan zaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41546244401_HANNAHYEOH.jpg)
Eksploitasi kanak-kanak: Kerajaan pertimbang pinda akta ketinggalan zaman
Hannah Yeoh akui pihaknya menghadapi kekangan dalam melakukan pendakwaan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti tersebut.
![Remaja 17 tahun dalang pelacuran kanak-kanak diberkas Remaja 17 tahun dalang pelacuran kanak-kanak diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533794632_ProstituteGeneric.jpg)
Remaja 17 tahun dalang pelacuran kanak-kanak diberkas
Remaja 17 tahun yang dikenali sebagai EGR itu diberkas dalam satu operasi di utara Jakarta pada 10 pagi Khamis lalu.
![Polis patahkan sindiket eksploitasi kanak-kanak jadi peminta sedekah Polis patahkan sindiket eksploitasi kanak-kanak jadi peminta sedekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81475916834_SindeketIpoh.jpg)
Polis patahkan sindiket eksploitasi kanak-kanak jadi peminta sedekah
Polis turut memberkas dua suspek lelaki dan wanita berusia 40-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengeksploitasi kesemua kanak-kanak berkenaan.