GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang merampas dadah sintetik jenis syabu bernilai RM57.7 juta sejak awal tahun ini hingga semalam, dipercayai hasil penguatkuasaan ketat polis sepanjang sekatan pergerakan dalam usaha memerangi dan membendung penularan COVID-19.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata sepanjang tempoh sekatan pergerakan, polis meningkatkan penguatkuasaan dan rondaan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan ketika itu pihaknya berjaya mengesan serta membongkar kegiatan pengedaran dadah.
"Pulau Pinang merupakan negeri strategik untuk sindiket pengedaran dadah menjadikan negeri ini sebagai lokasi menjalankan kegiatan tersebut berikutan kita (Pulau Pinang) berada di perairan Selat Melaka dan mempunyai akses darat, udara serta lautan untuk ke sini, dadah bukan sahaja dibawa masuk untuk pasaran di sini sebaliknya untuk antarabangsa.
"Saya percaya dengan kehadiran pegawai dan anggota polis semasa membuat rondaan pematuhan COVID-19 serta intipan dijalankan, berjaya membawa kepada rampasan syabu sebanyak RM57.7 juta.
"Selain berperang dengan pandemik COVID-19, kita masih lagi berperang dengan najis dadah dan bukan sahaja kerugian wang namun ia mengakibatkan generasi muda kita menjadi lebih teruk berpunca daripada dadah," katanya dalam sesi dialog awam bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook di sini hari ini.
Selain Mohd Shuhaily, sesi yang membincangkan tajuk Pandemik COVID-19: Bersama Menuju Ke Arah Kesejahteraan itu turut disertai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang Zakaria Taib dan Ketua Penolong Pengarah (Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Rozaini Mat Shah.
Mohd Shuhaily berkata selain syabu, pihaknya turut merampas 13,489 biji pil eramin 5 bernilai RM202,335; 1,233 biji pil ekstasi bernilai RM22,194 dan 335 biji pil yaba bernilai RM3,350 sepanjang tempoh sama.
Beliau berkata ekoran situasi pandemik COVID-19, polis mendapati sindiket pengedaran dadah telah mengubah modus operandi mereka dengan menggunakan kenderaan seperti lori untuk menyorok bungkusan dadah di bahagian kenderaan itu yang diubah suai.
"Mereka cuba mengambil kesempatan memandangkan sekatan jalan raya kurang memeriksa lori namun cubaan mereka seringkali gagal dan kami berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah kerana membuat pemeriksaan yang lebih teliti ke atas kenderaan tersebut," katanya.
Beliau berkata ekoran ramai orang terkesan akibat dibuang kerja, telah wujud satu lagi cabang jenayah siber iaitu penipuan tawaran kerja di Shopee dengan sebanyak 80 kes telah dicatatkan di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
"Sebelum ini, jenayah siber biasanya melibatkan macau scam, e-dagang, parcel love scam, pelaburan dan penipuan tidak wujud sahaja namun ketika pandemik COVID-19 melanda, kami mendapati ada pihak mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan menawarkan kerja yang tidak wujud di Shopee dan ramai yang menjadi mangsa adalah golongan muda dan pencari kerja," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 110 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang dijangkiti COVID-19 sejak tahun lepas dan ketika ini seramai 62 orang termasuk ahli keluarga mereka sedang dikuarantin.
"Polis menjalankan tugas seperti biasa termasuk operasi-operasi khas berkaitan COVID-19 dan kami mematuhi SOP yang ditetapkan dengan ketat bagi memastikan tidak dijangkiti penyakit itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021

Selain syabu, polis Pulau Pinang turut merampas antaranya 13,489 biji pil eramin 5 bernilai RM202,335 sepanjang tempoh sama. - Gambar hiasan/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.