Polis meminta orang ramai supaya tidak menularkan klip video memaparkan seorang lelaki menendang sebuah kereta dan membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Embol dalam kenyataannya di sini pada Jumaat berkata ia kerana kertas siasatan berhubung kejadian yang berlaku pada Rabu lepas sedang dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.
"Siasatan awal mendapati kejadian telah berlaku pada 4 Mac lepas kira-kira pukul 8 malam di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala susur keluar Kota Kemuning.
"Laporan polis telah diterima daripada kedua-dua pihak pada hari yang sama dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Kedua-dua pihak telah dipanggil untuk diambil keterangan," katanya.
Terdahulu tular satu video di laman-laman sosial menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang berhenti di tengah lebuh raya berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 06 2020
Laporan polis telah diterima daripada kedua-dua pihak pada hari yang sama dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR
Orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama.
Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R
Polis Daerah Nilai menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Projek PJD Link tidak diteruskan - Fahmi
Fahmi berkata keputusan itu dibuat selepas syarikat konsesi gagal memenuhi beberapa syarat seperti yang dikehendaki.
Trafik di lebuh raya utama masih sesak
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di negara ini masih lagi sesak setakat jam 5 petang Khamis susulan pergerakan orang ramai sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar
Bagaimanapun, LLM menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir.
Aliran trafik di WCE lancar, kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari
Peningkatan trafik juga dijangka bermula hari ini dan esok berikutan pengecualian bayaran tol pengguna kelas satu selama dua hari.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.