SERDANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tidak mengambil tindakan berhubung kemalangan melibatkan anak bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman seperti yang tular di media sosial pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya sebelum ini mengesan satu ciapan tular mendakwa pihaknya tidak menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya berkaitan dakwaan ini, siasatan berhubung kemalangan tersebut telah dijalankan selepas laporan polis diterima.
"Kuasa untuk menutup mana-mana siasatan bukan terletak di bawah bidang kuasa polis, dalam soal ini sangat mustahil sama sekali wujudnya campur tangan daripada mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, semua prosedur siasatan berhubung kes berkenaan telah dijalankan menurut peruntukan undang-undang sedia ada termasuk saringan air kencing dan ujian darah.
"Keputusan saringan air kencing adalah negatif sementara keputusan ujian darah masih belum diperoleh daripada Jabatan Kimia," katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai tohmahan berkenaan.
"Siasatan dijalankan seadilnya kepada pihak terlibat berlandaskan peruntukan undang-undang.
"Konsep keadilan meliputi hak bagi individu yang menjadi mangsa dan juga individu yang sedang disiasat," katanya.
Pada Isnin, tular satu ciapan di media sosial bahawa polis tidak menjalankan siasatan berhubung satu kes kemalangan jalan raya.
Dakwa ciapan tersebut, tindakan tidak diambil kerana ia melibatkan anak bekas pegawai kanan PDRM.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 08 2022

Polis Daerah Serdang berkata, siasatan dijalankan seadilnya kepada pihak terlibat berlandaskan peruntukan undang-undang.
Rusia lancar serangan dron di Odesa
Rusia melancarkan serangan dron besar-besaran baru ke atas pelabuhan Laut Hitam Ukraine di Odesa lewat Khamis sekali gus merosakkan infrastruktur tenaga dan mencetuskan kebakaran,

Video hina Islam: Suspek dipercayai berada di luar negara - KPN
Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara.
Doktor berkelakuan tidak senonoh di reman lagi sekali
Seorang Doktor sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang yang ditahan Polis bagi membantu siasatan kes berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita direman sekali lagi di Mahkamah Majistret George Town.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Dua sahabat maut kemalangan selepas solat tarawih
Dua remaja lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di sini pada Khamis, dalam perjalanan pulang dari solat tarawih.
Pertimbang insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol
KPDN diarahkan untuk menyusul keputusan tersebut dengan mengarahkan syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol mengembalikan pengeluaran pada kadar yang mencukupi untuk keperluan semasa.

Neymar kembali sertai skuad kebangsaan Brazil selepas cedera 17 bulan
Neymar kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan Brazil menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Colombia dan Argentina.

Jangan guna isu perkauman sebagai senjata politik - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peringatan supaya tidak menggunakan isu berkaitan 3R (Kaum, Agama dan Raja).

DNB, META jalin kerjasama tubuh makmal inovasi di Malaysia
DNB dan Meta bekerjasama menubuhkan makmal inovasi bersama di Malaysia bagi meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta secara ketara.

JAKIM kerjasama dengan pihak berkuasa pastikan kes hina Islam ke muka pengadilan
JAKIM terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti PDRM, MCMC, majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.

Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Operasi antara 16 hingga 18 Januari lalu membawa kepada penangkapan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 31 hingga 55 tahun.

Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.

Polis tahan jutawan palsu perdaya wanita
Penemuan kad pengenalan seorang lelaki yang menyamar sebagai jutawan dan memiliki perniagaan di Sarawak akhirnya membongkarkan kegiatannya memperdaya wanita di laman sosial.

Dua kanak-kanak jadi mangsa dera pengasuh di Seri Kembangan
Dua kanak-kanak berusia empat dan tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera pengasuh mereka dalam kejadian di Seri Kembangan seperti dalam sebuah video yang tular Selasa lepas.

Polis lumpuhkan Geng Harrier Putih
Kesemua mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Jual kad ATM: Dua wanita antara 10 individu ditahan
Seramai 10 individu termasuk dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan di Kuala Lumpur, Puchong dan Gombak disyaki terlibat dalam kes penjualan kad juruwang automatik (ATM).

Polis nafi tidak siasat nahas libatkan anak bekas pengarah Bukit Aman
Polis Daerah Serdang sebelum ini mengesan satu ciapan tular mendakwa pihaknya tidak menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

11 individu ditahan susulan penemuan mayat dengan kesan tetakan
Sepuluh lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang semalam.

Ketua Polis Selangor nafi dakwaan lelaki dipukul, dikasari semasa di balai
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang beliau dipukul dan dikasari semasa hadir ke ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk rakaman percakapan.

Mayat pelajar asing ditemukan terapung di tasik The Mines
Mayat seorang pelajar warga China ditemukan dalam keadaan terapung di dalam tasik The Mines di Seri Kembangan.