KUALA LUMPUR: Sepuluh lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata Mahkamah Petaling Jaya hari ini membenarkan kesemua suspek, yang terdiri daripada sembilan warga tempatan dan dua warga asing, ditahan reman selama lima hari.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
"Senjata dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan mayat seorang lelaki berusia 40 tahun dijumpai dengan kesan tetakan di bahagian kepala, rusuk kanan, belakang badan dan kedua-dua lengan di bilik sewa pada kira-kira 6.13 petang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021

Sepuluh lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang semalam. - Gambar hiasan
Rusia lancar serangan dron di Odesa
Rusia melancarkan serangan dron besar-besaran baru ke atas pelabuhan Laut Hitam Ukraine di Odesa lewat Khamis sekali gus merosakkan infrastruktur tenaga dan mencetuskan kebakaran,

Video hina Islam: Suspek dipercayai berada di luar negara - KPN
Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara.
Doktor berkelakuan tidak senonoh di reman lagi sekali
Seorang Doktor sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang yang ditahan Polis bagi membantu siasatan kes berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita direman sekali lagi di Mahkamah Majistret George Town.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Dua sahabat maut kemalangan selepas solat tarawih
Dua remaja lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di sini pada Khamis, dalam perjalanan pulang dari solat tarawih.
Pertimbang insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol
KPDN diarahkan untuk menyusul keputusan tersebut dengan mengarahkan syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol mengembalikan pengeluaran pada kadar yang mencukupi untuk keperluan semasa.

Neymar kembali sertai skuad kebangsaan Brazil selepas cedera 17 bulan
Neymar kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan Brazil menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Colombia dan Argentina.

Jangan guna isu perkauman sebagai senjata politik - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peringatan supaya tidak menggunakan isu berkaitan 3R (Kaum, Agama dan Raja).

DNB, META jalin kerjasama tubuh makmal inovasi di Malaysia
DNB dan Meta bekerjasama menubuhkan makmal inovasi bersama di Malaysia bagi meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta secara ketara.

JAKIM kerjasama dengan pihak berkuasa pastikan kes hina Islam ke muka pengadilan
JAKIM terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti PDRM, MCMC, majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.

11 individu ditahan susulan penemuan mayat dengan kesan tetakan
Sepuluh lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang semalam.