SHAH ALAM: Polis Selangor menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa seorang tahanan tidak diberikan rawatan semasa berada di dalam lokap.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Azman Ali berkata lelaki yang ditahan pada 17 April lepas kerana disyaki terlibat dalam kes pembelian dan penjualan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) telah dibawa mendapatkan rawatan ketika berada di lokap Balai Polis Selayang, semalam.
"Semalam ketika suspek dalam tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di lokap Balai Polis Selayang, orang kena tahan (OKT) telah mengadu demam dan bimbang jika ia adalah demam denggi atau gejala COVID-19.
"Ekoran itu, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah menghantar OKT untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang. Hasil laporan doktor mendapati OKT mengalami demam biasa dan diberikan ubat serta rawatan sewajarnya," katanya dalam kenyataan semalam.
Azman berkata OKT sebelum itu direman empat hari dan semasa dalam tempoh tersebut dia tidak mengadu demam atau sakit.
Dalam pada itu, Azman menegaskan pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk menahan OKT bagi membantu siasatan kes penipuan yang telah dilaporkan oleh mangsa penipuan di Serdang, Shah Alam dan Gombak.
"Laporan yang menyatakan polis melakukan penahanan secara sewenang-wenang adalah tidak tepat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Polis mempunyai bukti kukuh untuk menahan OKT bagi membantu siasatan kes penipuan yang dilaporkan oleh mangsa penipuan di Serdang, Shah Alam dan Gombak. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Penjara Britain sesak dengan penunjuk perasaan antiimigran
Britain terpaksa menempatkan suspek jenayah di dalam lokap polis selepas penjara di seluruh negara sesak dengan ribuan penunjuk perasaan.

Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.

Tahanan warga Sri Lanka meninggal dunia dalam lokap di Jinjang
Lelaki berusia 43 tahun itu mengadu sakit di bahagian dada pada 11 malam, lalu pihak polis segera menghubungi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

KDN sedia tambah baik pengurusan lokap, tahanan
Langkah itu diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung isu kematian dalam tahanan.

Tahanan sesak nafas sebelum meninggal dunia dalam lokap
Seorang lelaki yang ditahan di dalam lokap di Balai Polis Baling, sementara menunggu untuk dihantar semula ke Penjara Alor Setar meninggal dunia, Rabu lepas.

Bekal barangan terlarang di lokap, empat anggota polis direman
Kesemua suspek didakwa membekalkan dadah, tembakau dan makanan kepada tahanan dengan upah diterima antara RM600 hingga RM9,000.

Polis nafi tidak beri rawatan terhadap seorang tahanan lokap
Lelaki yang ditahan pada 17 April itu dibawa mendapatkan rawatan ketika berada di lokap Balai Polis Selayang semalam.

Polis siasat kematian tahanan di IPD Kuala Langat
Siasatan akan ditumpukan kepada tiga aspek, perbuatan khianat, kaedah penjagaan tahanan dan pematuhan prosedur operasi standard.

Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan
Polis Kedah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) ketika dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa di daerah Kuala Muda, pada 20 Julai lepas.

Jangkitan di pusat tahanan cetus kluster baharu di Sabah
Kluster Tembok dikesan apabila seorang banduan dari Lokap IPD Lahad Datu dibawa masuk ke blok kuarantin di Blok Ehsan pada 11 Jun lalu.