IPOH: Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek telah dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata pihaknya hari ini mengesan video berdurasi 28 saat itu yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @MacSelvam memaparkan dua anggota polis didakwa memukul seorang individu menggunakan objek menyerupai kayu di kawasan laluan anak tangga di sebuah bangunan.
"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas. Polis menafikan sekeras-kerasnya ada mengasari suspek yang ditangkap kerana selepas ditahan, suspek berada dalam kawalan polis dan memberi kerjasama sepenuhnya," menurut beliau dalam kenyataan malam ini.
Mengulas lanjut, Nor Omar berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, polis mengesahkan insiden itu berlaku di Seri Manjung semasa pihaknya melakukan serbuan ke atas suspek yang dipercayai terlibat dengan kes dadah pada 10 Feb lepas.
"Semasa serbuan dibuat, suspek telah melarikan diri dengan terjun melalui tingkap di tingkat satu bangunan tersebut sehingga mengalami kecederaan di bahagian tumit kaki dan suspek berjaya ditangkap polis dan telah dibawa semula ke bangunan tersebut untuk tujuan pemeriksaan lanjut.
"Justeru itu, polis ingin menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022

NOR OMAR: Hasil siasatan yang dijalankan mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.