MELAKA: Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah membabitkan nilai rampasan sebanyak RM650,369 dalam satu serbuan di Taman Saga, Malim pada Ahad lepas.
Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Md Nazri Nawawi berkata, seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand berumur antara 25 hingga 27 tahun turut ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dalam serbuan kira-kira 8.15 malam itu.
Beliau berkata, antara dadah yang dirampas ialah cecair ketamin seberat 279.84 liter, pil Erimin 5 sebanyak 0.551 kilogram (kg), pil ekstasi (0.26 kg), ketamin (6.734 kg), serbuk ketamin (5.25 kg), serbuk ekstasi (1.224 kg) dan sepucuk pistol jenis CZ 85 H 1.
"Polis juga menyita harta milik ketiga-tiga suspek bernilai RM39,147 membabitkan sebuah kereta jenis Proton BLM, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM803.
"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak empat bulan lepas dan kesemua dadah dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan oleh 69,597 penagih," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Md Nazri berkata, seorang daripada tiga suspek berkenaan mempunyai rekod lampau dalam aktiviti jenayah, namun ketiga-tiganya negatif saringan ujian air kencing.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 4 Feb bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
"Polis Melaka sentiasa berharap agar masyarakat dapat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan di sekitar kawasan masing-masing.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) iaitu 012-2087222," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024

Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 4 Feb bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
Trump mahu tutup Jabatan Pendidikan AS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menandatangani perintah eksekutif untuk menutup Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, tetapi langkah itu berdepan cabaran undang-undang dan memerlukan kelulusan Kongres untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Empat termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah miliki 240,000 mercun bola
Empat lelaki termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan memiliki 240,000 mercun bola di Perlis.

GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Macron, Putera Mahkota Saudi kecam serangan Gaza
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman membincangkan konflik Gaza serta proses damai Ukraine, mengecam serangan Israel dan menekankan kepentingan gencatan senjata serta penyelesaian politik.
Aidilfitri 2025: Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang
Indonesia menyediakan 404 pesawat untuk perjalanan pulang Aidilfitri 2025, dengan penumpang dijangka meningkat 12% kepada 6.186 juta.
Kerosakan kapsul bateri sebabkan kebakaran kenderaan EV
Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM) mengenal pasti kes kebakaran kenderaan elektrik di negara ini sangat rendah di mana ia hanya berpunca daripada kerosakan kapsul bateri dan jenayaj pembakaran secara sengaja atau perbuatan khianat.

Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion
Prestasi perdagangan Malaysia pada Februari 2025 mencerminkan peningkatan permintaan global dan kestabilan ekonomi domestik

DBKL ada tanggungjawab sosial pastikan kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman tidak berpindah - Pengurusan kuil
Pihak pengurusan kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman, Masjid India menyambut baik komitmen Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkenaan tiada perobohan kuil.
[TERKINI] Tarikh lihat anak bulan Syawal 30 Mac ini
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.
Hari Sisa Sifar: Pengurusan sisa tekstil perlukan kaedah khusus
Pengurusan sisa tekstil memerlukan kaedah khusus berbanding sisa domestik. Sempena Hari Sisa Sifar Antarabangsa, pentingnya kesedaran awam tentang pelupusan sisa tekstil. KDEB Waste Management bekerjasama dengan NGO untuk mengutip sisa tekstil.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.