Polis Marin berjaya menggagalkan cubaan menyeludup diesel subsidi bernilai hampir RM100,000 yang dibawa di dalam sebuah lori tangki berwarna putih dalam rampasan di Persiaran Selatan, Pandamaran di sini.
Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang DSP Norzaid Muhammad Said berkata dalam rampasan kira-kira pukul 6.30 petang semalam, sepasukan Unit Rondaan Marin (URB) mengekori lori berkenaan, hasil maklumat dan risikan yang diterima berhubung aktiviti menyeludup diesel bersubsidi.
"Anggota URB mengekori lori berkenaan dan menahan serta menjalankan pemeriksaan, seterusnya mendapati tangki lori itu mengandungi 10,920 liter diesel bernilai RM98,392," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu lori warganegara tempatan itu juga gagal mengemukakan sebarang dokumen jual beli yang sah berkaitan muatan diesel berkenaan.
Norzaid berkata lelaki berumur 30 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan bekalan 1961.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan diesel berkenaan dibeli daripada pembekal berlesen dan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan tetap di sekitar Lembah Klang, katanya.
Bernama
Wed Jan 30 2013
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Penyeludup beralih kepada RON95, KPDN Pulau Pinang tahan lelaki tempatan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeleweng petrol RON95.
Kastam Kedah tumpaskan cubaan seludup 14,000 liter diesel
JKDM Kedah lakukan pemeriksaan terhadap dua lori treler bernombor pendaftaran Thailand di Kompleks Dagangan Berat (Eksport) ICQS Bukit Kayu Hitam.
60,429 diesel subsidi bernilai lebih RM1.7 juta dirampas, empat ditahan
KPDN Perak mematahkan cubaan menyeleweng 60,429 liter diesel bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, semalam.
KPDN Negeri Sembilan tumpas aktiviti seleweng diesel bersubsidi
KPDN turut menyita sebuah lori, lori tangki dan peralatan digunakan untuk aktiviti itu dengan keseluruhan nilai rampasan bagi kes terbabit ialah RM98,950.
Polis Melaka rampas 35,970 liter diesel subsidi untuk pasaran gelap
Diesel dibeli dari stesen-stesen minyak di Melaka dan Negeri Sembilan dengan menggunakan lori tiga tan yang diubah suai sebelum dijual.
Polis Marin rampas diesel subsidi bernilai hampir RM100,000
Polis Marin berjaya menggagalkan cubaan menyeludup diesel subsidi bernilai hampir RM100,000 yang dibawa di dalam sebuah lori tangki.