Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan mahu penduduk di kawasan sempadan Kelantan-Thailand yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang termasuk penyeludupan segera meninggalkan aktiviti itu atau berhadapan dengan tindakan tegas.
"Elaklah daripada melakukan kerja yang bertentangan dengan undang-undang seperti penyeludupan khususnya pengedaran dadah, senjata api dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan sempadan tersebut di Rantau Panjang, pada Khamis.
Hasanuddin berkata demikian bagi mengulas kegiatan penyeludupan yang masih berlaku di sempadan Kelantan-Thailand yang disyaki turut melibatkan kalangan penduduk di kawasan sempadan tersebut.
Beliau berkata polis dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan akan memperketatkan lagi kawalan di sempadan bagi mencegah sebarang cubaan penyeludupan.
Katanya, pihaknya juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa negara jiran bagi memastikan keadaan di sempadan sentiasa baik selain mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan.
Mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha membanteras penyeludupan dadah di negeri ini, Hasanuddin berkata ia bakal dicapai tidak lama lagi.
Beliau berkata kesemua kes berkaitan tangkapan dan rampasan dadah menunjukkan peningkatan sejak Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Mengikut statistik dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, seramai 8,934 orang berjaya ditangkap melibatkan 7,598 kes pelbagai kesalahan berkaitan dadah berbanding tempoh sama pada 2016 iaitu seramai 8,737 orang ditangkap melibatkan 7,866 kes," katanya.
Katanya, sejak awal tahun ini, seramai 570 pengedar dadah ditahan diikuti 2,951 orang ditangkap kerana memiliki dadah dan 5,413 orang didapati urin positif dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017
![Polis mahu penduduk di sempadan Kelantan-Thailand henti kegiatan penyeludupan Polis mahu penduduk di sempadan Kelantan-Thailand henti kegiatan penyeludupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71499354267_DatukHasanuddinHas.jpg)
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penduduk di kawasan sempadan Kelantan-Thailand yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang.
AWANI Ringkas 13 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Februari 2025
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Maklumat hospital 'cloud base' dijangka siap 2028
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739453860_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
![16 pegawai, anggota polis Kedah dibuang kerja tahun 2020 16 pegawai, anggota polis Kedah dibuang kerja tahun 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609866942_HasanuddinHassan.jpg)
16 pegawai, anggota polis Kedah dibuang kerja tahun 2020
Secara keseluruhan sebanyak 192 kertas siasatan dibuka dalam tempoh Januari hingga Disember 2020.
![Tiada tangkapan pelanggaran SOP musim perayaan di Kelantan Tiada tangkapan pelanggaran SOP musim perayaan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586407082_950x600.jpg)
Tiada tangkapan pelanggaran SOP musim perayaan di Kelantan
Polis Kelantan membuat pemeriksaan ke atas 262 buah rumah sejak hari pertama sambutan Aidilfitri dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
![Tiga beradik lepaskan tembakan gara-gara pintu bilik hotel dipecahkan Tiga beradik lepaskan tembakan gara-gara pintu bilik hotel dipecahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436426113_GUNSHOT.jpg)
Tiga beradik lepaskan tembakan gara-gara pintu bilik hotel dipecahkan
Tiga das tembakan yang dilepaskan di Kampung Cabang Tiga Bagus, Rantau Panjang pagi Isnin disebabkan marah pintu bilik hotel dipecahkan seorang lelaki.
![Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531559465_KAKIPUTUS.jpg)
Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata remaja tersebut kini dalam keadaan koma sedang dirawat di Hospital Tanah Merah.
![Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi' Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515321903_Bomgereja.jpg)
Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi'
Goo Siew Lai dikejutkan dengan bunyi tingkap pecah di tingkat 3 dan 4 pukul 12 tengah malam tadi ketika sedang asyik membaca buku di tingkat 2.
![Polis mahu penduduk di sempadan Kelantan-Thailand henti kegiatan penyeludupan Polis mahu penduduk di sempadan Kelantan-Thailand henti kegiatan penyeludupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71499354267_DatukHasanuddinHas.jpg)
Polis mahu penduduk di sempadan Kelantan-Thailand henti kegiatan penyeludupan
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan mahu penduduk di kawasan sempadan Kelantan-Thailand yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang segera meninggalkan aktiviti itu
![Op Selamat 11 di Kelantan catat 11 kematian Op Selamat 11 di Kelantan catat 11 kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71498640805_OpSelamat.jpg)
Op Selamat 11 di Kelantan catat 11 kematian
Sebanyak 11 kematian direkodkan daripada 489 kemalangan jalan raya yang berlaku di Kelantan sehingga semalam sejak Op Selamat 11 dilancarkan 18 Jun lepas.