Polis Kelantan akan melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian khianat terhadap dua pusat ibadat membabitkan sebuah gereja dan kuil Hindu di Jalan Hamzah di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian itu, Gereja Methodist Kota Bharu dan Kuil Arulmigu Subramaniyar Siva terbabit dilempar dengan dua objek dipercayai penapis air yang disumbat sumbu serta dibakar pada bahagian depan.
Menurut Pastor Gereja Methodist Kota Bharu, Goo Siew Lai, 42 tahun, dia dikejutkan dengan bunyi tingkap pecah di tingkat 3 dan 4 pukul 12 tengah malam tadi ketika sedang asyik membaca buku di tingkat 2.
“Saya melihat kelibat seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Nissan Grand Lavina dan membaling objek ke arah cermin gereja beberapa kali dari atas jejambat, kira-kira 7 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Kejadian itu merupakan kali kedua selepas kali pertama pada Januari lepas sehingga menyebabkan cermin tingkat tiga pecah.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan yang meninjau tempat kejadian berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian perbuatan khianat terbabit.
Katanya, menerusi rakaman telefon didapati perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina berwarna putih.
Bagaimanapun, beliau berharap agar saksi kejadian tampil memberi kerjasama kepada polis agar pihaknya dapat menyiasat perkara itu secara terperinci.
Muhafandi Muhamad
Sun Jan 07 2018
![Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi' Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515321903_Bomgereja.jpg)
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan yang meninjau tempat kejadian berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian perbuatan khianat terbabit. - Foto Astro AWANI
28 cedera akibat rempuhan kereta di Munich
Insiden rempuhan kereta di Munich, Jerman mencederakan 28 individu setakat ini.
DeepSeek bakal lonjak AI di Malaysia, tingkat produktiviti PKS - Fadillah
Malaysia sedia meneraju kecerdasan buatan (AI) di rantau ini dengan kemajuan chatbot dari China, DeepSeek yang membolehkan industri digital negara berkembang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai penguat kuasa di negeri ini disyaki terlibat menerima rasuah bagi melupuskan minyak diesel bernilai RM87,400.00 dibawah harga pasaran.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan Negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Datuk antara 4 suspek terlibat tender jual tanah RM2.6 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu melibatkan dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dan dua naib presiden kanan syarikat.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
SPRM tonggak utama kerajaan pertahan tadbir urus berintegriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
Kerajaan peruntuk subsidi RM150 juta kepada pengilang padi
Kerajaan memperuntukkan subsidi RM150 juta kepada pengilang padi bagi memastikan penyelarasan harga lantai belian padi tidak menjejaskan rakyat.
Pindaan APA 2012: BERSIH sambut baik namun seru komitmen, usaha jelas
BERSIH berkata langkah ini adalah tepat pada masanya untuk memastikan hak rakyat berhimpun secara aman dilindungi sepenuhnya dan selaras dengan prinsip demokrasi.
KDN sediakan memorandum jemaah menteri, pinda Akta
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Tiada insiden pukul tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Tiada insiden pukul membabitkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
![Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi' Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515321903_Bomgereja.jpg)
Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi'
Goo Siew Lai dikejutkan dengan bunyi tingkap pecah di tingkat 3 dan 4 pukul 12 tengah malam tadi ketika sedang asyik membaca buku di tingkat 2.