Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menolak dakwaan insiden letupan yang mengakibatkan seorang warga Pakistan maut di Kampung Air, Semporna semalam mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
"Siasatan tidak menunjukkan apa-apa unsur berkaitan dengan pengganas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan telah menetap di Sabah dalam tempoh kurang dari setahun dan menjalankan perniagaan di Semporna secara sambilan.
Dalam insiden kira-kira 4.20 pagi semalam, Attaulah Hukmat Khan, 35, maut manakala empat rakan senegara yang berusia antara 22 hingga 50 tahun tidak cedera.
Sementara itu, Hamza berkata jumlah tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) setakat ini adalah seramai 132 orang.
"Ada yang telah dibebaskan...ada yang telah dirujuk kepada pihak imigresen.
Walau bagaimanapun ada yang dituduh dan dibicarakan, setakat ini masih belum dijatuhkan hukuman kerana kes tersebut masih dalam proses pendengaran," katanya.
Terdahulu, Hamza menyerahkan cek Skim Pampasan Ex-Gratia bernilai RM1,347 kepada balu Wira Negara yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sumiati Suarah, 51.
Menurutnya sumbangan itu diberikan kepada anggota keluarga polis yang terkorban semasa Operasi Daulat termasuk melibatkan kecederaan dan kematian semasa menjalankan tugas rasmi.
Beliau berkata agihan pembayaran sumbangan itu akan diberikan secara bulanan sehingga anak-anak mencapai umur 21 tahun berbanding sebelum ini diberikan bayaran sekali gus.
Terdahulu ketika berucap, Hamza berkata Polis Diraja Malaysia telah meluluskan bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja bagi anggota polis yang terkorban dalam Ops Daulat dan bayaran diberikan kepada waris mereka.
Bernama
Wed Jun 12 2013
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir, sertai Soon Huat-Shevon
Pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
Lima ditahan, polis beku, sita aset berjumlah lebih RM17 juta
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
Tetak guna parang persis filem gangster
Seperti dalam filem gangster. Begitu aksi sekumpulan lelaki bertopeng yang melulu masuk ke dalam sebuah restoran di Nilai, Negeri Sembilan dan bertindak menetak berkali-kali enam lelaki yang sedang menikmati hidangan dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam Khamis.
Seramai 17 individu ditahan dalam kes pindah milik tanah tidak sah di Selangor
Seramai 17 individu termasuk tujuh penjawat awam dari sebuah pejabat PTG di Selangor ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.
[TERKINI] Polis siasat pengesahan sijil kahwin, dakwaan anak menteri rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri.
Malaysia tiru kaedah Thailand di pekan Sungai Golok
Kaedah Thailand memasang pam bertujuan mengalirkan air yang bertakung dan membina benteng di sepanjang Sungai Golok bertujuan mengelak berlaku banjir, boleh dijadikan contoh oleh Malaysia.
Papagomo dilarang beri kenyataan terhadap Ketua Polis Negara
Mahkamah beri kebenaran permohonan Ketua Polis Negara melarang Papagomo keluar kenyataan unsur fitnah, sehingga kes saman diputuskan oleh mahkamah.
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
AWANI Borneo [10/01/2025] - Percepat rundingan mudah cara | Kos RM70 juta | Murid tahun 1 hingga tingkatan 4
AWANI Borneo Jumaat 10 Januari 2025 bersama Nickyson Nyambar
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah yang baru
Bekas Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Hamza Taib.
Surat dakwa gelombang kedua penceroboh tidak benar - Polis Sabah
Polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.
Polis: Letupan di Semporna tiada kaitan dengan pengganas
Datuk Hamza Taib tolak dakwaan insiden letupan di Kampung Air, Semporna semalam ada kaitan dengan pengganas.
Dakwaan Kiram tidak berasas -- Polis
Dakwaan oleh 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III yang pengikut-pengikutnya telah menubuhkan markas yang baru di kawasan pedalaman Sabah sama sekali tidak berasas.
Polis Sabah tolak laporan pengganas Sulu berkumpul semula
Pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Hamza Taib hari ini menolak laporan yang mengatakan bahawa pengganas Sulu kini telah berkumpul semula di Lahad Datu, Sabah.
Ops Daulat: Satu mayat pengganas dikeluarkan
Pasukan keselamatan telah mengeluarkan satu mayat pengganas di Tanjung Batu pada jam 11 pagi tadi.
Tahanan Sosma dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat
Tahanan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
Tiga lagi ditahan dibawah Sosma
Pasukan keselamatan Malaysia telah menahan tiga lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu.
Kampung Tanjung Batu dijangka bersih sepenuhnya esok
Kampung Tanjung Batu dijangka akan dibersihkan dari pengganas Sulu secara sepenuhnya esok, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
80% bedah siasat atas mayat pengganas Sulu lengkap
Hampir 80 peratus daripada bedah siasat ke atas mayat pengganas Sulu yang terbunuh dalam operasi Ops Daulat telah dilengkapkan.