KUALA LUMPUR: Polis mengesan modus operandi baharu aktiviti pengedaran dadah didalangi warga tempatan yang mengaut keuntungan melalui hasil penjualan bunga ganja bernilai tinggi di pasaran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Sahar Abd Latif berkata penemuan itu terbongkar apabila empat lelaki warga tempatan menganggotai sindiket terbabit diberkas dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada 14 Dis lepas.
Beliau berkata serbuan pada 10 pagi itu, tiga suspek ditahan di kawasan Brickfields sementara seorang lagi ditahan di Shah Alam masing-masing berumur lingkunngan 22 hingga 36 tahun.
"Hasil siasatan lanjut mendapati sindiket bergiat aktif mengimport benih ganja dari luar negara selain turut menggunakan teknologi canggih bagi tujuan penanaman serta penjagaan pokok ganja itu.
"Ia dijual dalam bentuk timbangan auns dengan harga RM2,800 bagi setiap satu auns (28 gram) dan ia hanya dijual kepada pelanggan tertentu sahaja," katanya dalam kenyataan.
Hasil kedua-dua serbuan, polis merampas bunga ganja seberat 4.555 kilogram (kg); daun-daun kering disyaki daun ganja seberat 0.72 kg; tujuh biji benih ganja seberat 0.67 gram selain lapan batang pokok ganja dengan nilai keseluruhan rampasan dadah itu bernilai kira-kira RM 491,520.
"Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz serta motosikal jenis KTM bernilai RM95,000," katanya.
Ujian saringan mendapati tiga suspek positif dadah THC manakala dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
"Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, dalam kejadian lain, polis menahan dua suspek masing-masing seorang wanita dan lelaki kerana disyaki terlibat sindiket memproses dadah di sebuah premis di Bandar Baru Petaling, di sini, pada Rabu lepas.
Beliau berkata polis menemui serbuk MDMA seberat 8,932 gram; 558 botol cecair MDMA; ketamin seberat 63 gram; 190 biji pil ecstacy dan 120 biji pil erimin 5 dengan jumlah keseluruhan rampasan dadah bernilai RM 545,325.
"Hasil siasatan mendapati sindiket telah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menggunakan premis kondominium mewah dengan kawalan keselamatan ketat bagi mengaburi kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa," katanya sambil menambah mereka direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari sehingga Rabu depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021
Polis mendapati, sindiket bergiat aktifmengimport benih ganja dariluar negara dan menggunakan teknologi canggih bagi tujuan penanaman serta penjagaan pokok ganja. - Foto Facebook Polis KL
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Dasar Kerajaan MADANI yang menumpukan perhatian kepada isu tatakelola bertujuan memastikan bantuan kepada golongan miskin di negara ini sampai kepada sasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Polis kesan trend baharu edar bunga ganja
Ia terbongkar apabila empat lelaki warga tempatan menganggotai sindiket terbabit diberkas dalam serbuan di sekitar Lembah Klang.
Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000
Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.