Polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab membekal bahan bunga api semasa sambutan ambang Tahun Baru 2017 anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di padang Kompleks Sukan Pandamaran, di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad berkata ia susulan penahanan empat kakitangan MPK dan seorang orang awam di sekitar daerah ini antara Rabu hingga awal pagi semalam.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sama ada orang awam yang ditahan itu adalah juruletup bunga api berkenaan.
"Empat kakitangan MPK berumur 30 hingga 40 tahun itu terdiri daripada pelbagai jabatan dan kita masih menyiasat pembabitan mereka dalam insiden letupan bunga api berkenaan.
"Polis juga sedang menyiasat lebih terperinci sebab utama MPK tidak memohon permit untuk pertunjukan bunga api itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada 25 murid Sekolah Kebangsaan Taman Seri Andalas, di sini hari ini.
Alzafny berkata kelima-lima lelaki berkenaan direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
Dalam insiden pukul 12.05 tengah malam Sabtu lepas, 12 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup.
Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Dis sehingga 1 Jan lepas di kompleks berkenaan.
Polis Selangor mengesahkan pertunjukan bunga api itu dilakukan tanpa permit, malah tiada permohonan untuk mendapatkan permit dibuat oleh penganjur. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017

12 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup. - Facebook Amirul Hafiz Hamid

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis kesan sumber bekalan bunga api meletup semasa sambutan tahun baru
Polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab membekal bahan bunga api semasa sambutan ambang Tahun Baru 2017 anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di padang Kompleks Sukan Pandamaran.