GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian ragut di Lorong Selamat di sini yang berlaku pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, rakaman kamera papan pemuka kereta milik suami mangsa memaparkan dia diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika sedang berjalan di kawasan tersebut.
Menurutnya, akibat daripada kejadian tersebut, mangsa mengalami kerugian dianggarkan RM2,800.
"Ketika kejadian, mangsa yang membawa beg tangan sedang berjalan bersama dua orang rakannya.
'Suspek seorang lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Lagenda berwarna hitam kemudian datang dari arah belakang dan menghampiri mangsa lalu meragut beg tangan yang dibawanya.
"Mangsa mengalami lebam di tangan kanannya akibat beg tangannya direntap oleh suspek dan membuat laporan polis pada jam 1.55 petang, 12 Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kata beliau, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkannya ke balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
"Usaha mengesan dan menahan suspek masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun dengan mendatangkan kecederaan," katanya.
Sebelum ini, tular satu klip video yang diambil daripada kamera papan pemuka sebuah kereta yang memaparkan seorang wanita diragut oleh seorang suspek lelaki yang menunggang sebuah motosikal berwarna hitam di Lorong Selamat di sini.- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023
![Polis kesan lelaki ragut beg tangan wanita Polis kesan lelaki ragut beg tangan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673601697_SoffianSantong.jpg)
Rakaman kamera papan pemuka kereta milik suami mangsa memaparkan dia diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika sedang berjalan di kawasan tersebut.- Sinar Harian
![Harimau belang mati dilanggar kereta Harimau belang mati dilanggar kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720244791_harimau.jpg)
Harimau belang mati dilanggar kereta
Kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu menyebabkan kereta jenis Nissan Juke yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di bahagian depan.
![Saya ada maruah... - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga Saya ada maruah... - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238179_BernardChandran.jpg)
"Saya ada maruah..." - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga
Bernard Chandran berkongsi pengalaman ketika penyanyi terkenal antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan bajunya.
![EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720239174_tbEnglandGarethSo.jpg)
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.
![Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720243620_lawanarus.jpg)
Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 11.39 pagi.
PRK Sg Bakap: 31.84 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari – SPR
Sebanyak 31.84 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
![MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720243130_ZahidHamidi.jpg)
MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
[TERKINI] Kerajaan fokus pemulangan aset 1MDB
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Pola pengundian golongan muda dan warga emas seimbang
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun memberitahu hasil tinjauan SPR mendapati pola pengundian golongan muda dan warga emas dilihat adalah seimbang.
![YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720236691_tbYouTube.jpg)
YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog
Oleh itu ciri Erase Song diperkenalkan dengan bahagian yang mengandungi muzik yang melanggar hak cipta boleh dibisukan.
![Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720243231_tbMasoudPezeshkian.jpg)
Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran
Bekas Menteri Kesihatan Masoud Pezeshkian memenangi pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran.
![Polis giat buru suspek ragut di Seksyen 15, Shah Alam Polis giat buru suspek ragut di Seksyen 15, Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684473080_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis giat buru suspek ragut di Seksyen 15, Shah Alam
Pemilik akaun Facebook Shah Mongoose telah memuat naik kejadian ragut di hadapan balai bomba Seksyen 15 Shah Alam dan ia menjadi tular.
![Polis kesan lelaki ragut beg tangan wanita Polis kesan lelaki ragut beg tangan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673601697_SoffianSantong.jpg)
Polis kesan lelaki ragut beg tangan wanita
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian ragut di Lorong Selamat di sini yang berlaku pada Khamis.
![Wanita cedera terjatuh selepas beg direntap peragut Wanita cedera terjatuh selepas beg direntap peragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611069934_ragut.jpg)
Wanita cedera terjatuh selepas beg direntap peragut
Seorang lelaki ditahan polis selepas terlibat dalam kejadian ragut bersenjata terhadap seorang wanita, awal pagi Selasa.