SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat mengesan dan memburu suspek berhubung kejadian ragut di Seksyen 15, Shah Alam pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya mengambil maklum kejadian tersebut setelah tular di media sosial.
Menurutnya, pemilik akaun Facebook bernama Shah Mongoose telah memuat naik kejadian ragut di hadapan balai bomba Seksyen 15 Shah Alam dan ia menjadi tular.
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita yang merupakan mangsa berumur 37 tahun menyatakan ketika menunggang motosikal bersama anak lelakinya menuju ke arah bandar Shah Alam, mangsa telah dihampiri sebuah motosikal.
"Dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, mangsa dihampiri sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 warna biru gelap tanpa nombor pendaftaran, seterusnya meragut gelang emas pada tangan kanan mangsa.
"Mangsa cuba mengejar penunggang motosikal yang meragutnya tetapi gagal," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Iqbal berkata, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dialami oleh mangsa dan anak lelakinya.
Sehubungan itu katanya, pihak polis daerah Shah Alam sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat.
"Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asistan Superintenden Mohd Afandi di talian 03-55202222," katanya. - SInar Harian
Sinar Harian
Wed May 31 2023
Pihak polis daerah Shah Alam sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Penunggang motosikal maut susuli insiden langgar lari
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), di sini pada pagi Khamis.
Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam
Suspek dipercayai seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC telah berpura-pura melanggar kereta mangsa jenis Mercedes Benz.
Warganegara asing samun kedai aiskrim berjaya ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 4.15 petang Jumaat di sebuah pangsapuri di Puncak Alam.
Suspek pecah rumah Khuzaimi guna MPV putih - Polis
Polis sahkan menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah kediaman Pemain Pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pada Rabu.
Anak kakitangan hospital maut, tertinggal 4 jam dalam kereta diparkir
Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kenderaan selepas mengambilnya dari taska berdekatan.
Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.
Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan
Polis mengesahkan tiga lelaki yang menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, telah ditahan dan kini dalam proses reman.
Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok
Suspek yang juga seorang penuntut kolej swasta berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, pada jam 8 pagi.
Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta
Mangsa, seorang lelaki berusia 28 tahun dari Kota Bharu, dijumpai di bahagian pemandu dalam kereta jenis Perodua Myvi.
Nahas Elmina: 10 pakar AS bantu siasatan di lapangan hari ini
Mohd Iqbal berkata, selain pakar AS, terdapat lapan petugas daripada BSKU terlibat secara langsung di lapangan.