SHAH ALAM: Tiga pengamal media tempatan direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berikutan insiden menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya sekali.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut (berhubung kejadian itu boleh) menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765," katanya dalam kenyataan.
Mohd Iqbal menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, bagi mengelakkan kejadian seperti tersebut berlaku.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 6.10 petang semalam, yang dibuat oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai pembantu operasi di kediaman berkenaan.
"Siasatan mendapati kesemua suspek menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Waja untuk memasuki Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, melalui pondok pos pengawal utama tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaaan negeri.
"Bertindak atas maklumat, pada 7.30 petang tangkapan ke atas kesemua suspek telah dibuat bersama rampasan sebuah kenderaan jenis Proton Waja, yang digunakan oleh mereka," katanya.
Mohd Iqbal berkata suspek kes berkenaan merupakan tiga lelaki tempatan berumur lingkungan 31 tahun hingga 35 tahun dan bekerja sebagai pengamal media di sebuah media tempatan, serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Kesemua suspek memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak Menteri Besar Selangor," katanya.
Terdahulu, semalam tular di media sosial video berdurasi 29 saat, memaparkan tiga individu yang dipercayai menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
![Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704515439_TBCEROBOHMBSELANGOR.jpg)
Mohd Iqbal berkata ketiga-tiga lelaki itu, ditahan semalam. - Foto PDRM
![Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720162604_pegawai.jpg)
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
AWANI Ringkas: Tiga nama selesai disaring calon Nenggiri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161330_HishamuddinMdRais.jpg)
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
![Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720156111_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah
Dr Yos Sunaryo berkata, beliau akur dengan permintaan Prabowo, namun enggan mengulas bila pembedahan itu dijalankan.
![Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720161501_TARIANPIALADUNIA.jpg)
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
AWANI Ringkas: KESUMA lapor kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Pantau Belanjawan: Atasi cabaran & manfaat peluang ekonomi bersama
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma mengulas berkenaan KDNK Negeri 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
![Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704515439_TBCEROBOHMBSELANGOR.jpg)
Ceroboh kediaman rasmi MB Selangor, polis sahkan tiga ditahan
Polis mengesahkan tiga lelaki yang menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, telah ditahan dan kini dalam proses reman.