Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tujuh negeri sebagai 'kawasan panas' pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata negeri terbabit ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak.
"Negeri-negeri ini antara yang diberikan fokus agar tidak timbul sebarang ancaman kepada ketenteraman awam," katanya pada sidang media pada program 'Bebas Jenayah dan Dadah, Masyarakat Kerian Sejahtera' di sini hari ini.
Menurutnya di Perak sahaja, sebanyak 23 'kawasan panas' di Perak perlu dipantau khususnya Kuala Kangsar, Hilir Perak, Taiping dan Ipoh.
"Semua sedia maklum seramai 1,131 individu kita akan pantau pada PRU kali ini, dengan di Perak sahaja seramai 440 individu yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada ketenteraman awam juga akan diawasi pada pilihan raya umum kali ini," katanya.
Beliau berkata daripada 440 individu terbabit, 23 diberi tumpuan khusus yang akan dianalisis serta dinilai dari semasa ke semasa.
Dari segi penugasan anggota dan pegawai, Mohamad Fuzi berkata Bukit Aman menghantar tambahan 700 pegawai dan anggota bertugas di Perak bagi membantu kontinjen negeri sepanjang PRU14.
Mengulas Akta Antiberita Tidak Benar 2018, beliau berkata sejak digazetkan dua hari yang lepas, PDRM telah menjalankan langkah proaktif dengan menyediakan pegawai penyiasat yang diletakkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Jenayah.
"Kalau perlu kemungkinan PDRM akan menambah satu bahagian atau cawangan khusus untuk menangani peringkat Bukit Aman atau kontinjen.
"Polis telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab berkaitan dengan akta ini, jadi kita akan melatih pegawai kita di seluruh negara dan setiap negeri juga akan ada ketuanya untuk menjalankan tugas berkaitan akta ini," katanya.
Sementara ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kadar jenayah di Perak bagi tempoh Januari hingga 10 April lalu mencatatkan penurunan 149 kes atau 9.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Sebanyak 1,335 kes dicatatkan bagi tempoh berkenaan berbanding 1,504 kes untuk tempoh sama tahun lalu, katanya.
Dari segi pembanterasan jenayah dan kegiatan berkaitan dadah, beliau berkata sebanyak 2,576 tangkapan dilakukan bagi tiga bulan pertama tahun ini di Perak berbanding 2,639 tangkapan untuk tempoh sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 13 2018

Mohamad Fuzi (dua, kiri) beramah mesra dengan peniaga ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam Parit Buntar hari ini. Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (kiri). --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kerajaan atasi penyebaran berita palsu melalui undang-undang sedia ada
Pada masa sama, kerajaan akan terus mengenal pasti pendekatan paling ampuh dan mapan dalam mengekang penyebaran berita tidak benar.

Kembalikan Akta Antiberita Tidak Benar tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Cadangan untuk mengembalikan semula Akta Antiberita Tidak Benar yang telah dimansuhkan sebelum ini, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Akta Antiberita Tidak Benar boleh difikirkan semula
Muhyiddin Yassin berpendapat, cadangan mewujudkan kembali Akta Antiberita Tidak Benar mungkin boleh difikirkan semula.

Mansuh Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan Dewan Rakyat, sekali lagi
Dewan Rakyat sekali lagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 selepas ditolak di Dewan Negara sebelum ini

Dewan Rakyat lulus RUU mansuh Akta Antiberita Tidak Benar
Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

KKMM akan tubuh pasukan kaji Akta Antiberita Tidak Benar - Gobind
Beliau dan pasukan itu akan mengkaji semua perkara berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar sebelum mengemukakan satu cadangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Kabinet esok.

Polis kenal pasti tujuh negeri 'kawasan panas' PRU14
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata negeri terbabit ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak.