Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
RUU itu diluluskan setelah dibaca kali ketiga di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan mendapat undian majoriti.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin ketika menggulung RUU itu berkata undang-undang sedia ada telah mencukupi dan ia boleh dipinda jika tidak mampu untuk menangani isu berita palsu.
"Jika kita kaji Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, dan undang-undang sivil yang lain, ia boleh digunakan sebagai remedi untuk menangani berita palsu," katanya.
Beliau menambah, memperkasakan siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh membantu menangani berita palsu terutama dalam mengesan akaun palsu dalam media sosial.
"Pengerang (Datuk Seri Azalina Othman Said) kata tadi, sukar untuk kita kesan siapa yang cipta akaun palsu dalam media sosial, tetapi sebenarnya kita kena 'empower' polis, akaun palsu ini mesti ada orang 'operate', teknologi yang dipakai agensi penyiasatan luar negara untuk kesan akaun ini," katanya.
Pada persidangan minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang membentangkan RUU itu bagi bacaan kali pertama berkata ia bertujuan mengadakan peruntukan bagi pemansuhan akta itu disebabkan perubahan dasar kerajaan yang berita tidak benar boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada, seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta AKMM 1998.
RUU itu juga menyatakan sebarang penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berhubung kesalahan yang belum selesai di bawah akta yang dimansuhkan, boleh diteruskan seolah-oleh akta itu masih berkuatkuasa.
Seramai 12 anggota Parlimen mengambil bahagian membahaskan RUU itu.
Terdahulu, ketika membahaskan RUU itu, Anggota Parlimen, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mencadangkan satu jawatankuasa bertindak dianggotai oleh pakar media dan kewartawanan bagi menangani ancaman berita palsu tanpa menambah akta sedia ada.
Syed Ibrahim berkata kerajaan boleh mengambil contoh seperti negara Belgium yang mewujudkan jawatankuasa bertindak khas disertai oleh pakar media dan cendiakawan bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu.
"Antara yang boleh dilakukan oleh 'task force' ini nanti ialah menjalankan kempen kesedaran rakyat yang akan mengatasi persepsi bahawa kita tolak Akta Antiberita Tidak Benar bukan kerana kita mahu berita tidak benar menular di negara ini," katanya.
Syed Ibrahim juga berkata laman web seperti sebenarnya.my perlu dikekalkan, bagaimanapun perlu diperkasakan menjadi medium untuk memperjelaskan maklumat sebenarnya mengenai sesuatu berita palsu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 16 2018

RUU itu diluluskan setelah dibaca kali ketiga di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan mendapat undian majoriti.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dewan Rakyat lulus RUU mansuh Akta Antiberita Tidak Benar
Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.