Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta tempatan yang disyaki terlibat dalam pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang kira-kira dua bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fai Hin berkata polis kini mencari alamat terkini empat lagi individu berkenaan bagi membantu kes itu dan percaya dapat berbuat demikian dalam tempoh terdekat.
"Jika mereka (tujuh peserta tempatan) itu tetap masih enggan menyerah diri untuk bantu siasatan kes berkenaan, polis akan dedahkan alamat terbaharu mereka menerusi media," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Beliau ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Polis Pulau Pinang bersama komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini. Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang' tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.
Polis telah mengenal pasti kesemua 15 peserta yang disyaki terlibat dalam pesta berkenaan iaitu tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua (Myanmar) dan masing-masing seorang dari India dan Filipina.
Lai berkata berdasarkan maklumat awal, kebanyakan peserta pesta itu dari Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.
"Paling ramai adalah dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, polis percaya mereka bersembunyi dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata polis juga percaya tujuh perserta tempatan itu tidak berani untuk tampil membantu polis menyelesaikan kes berkenaan kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang.
Bernama
Thu Aug 14 2014
![Polis kenal pasti alamat terkini peserta pesta bogel Polis kenal pasti alamat terkini peserta pesta bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Makluat awal menunjukkan kebanyakkan peserta pesta itu dari Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. - Gambar Fail
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
![Polis kenal pasti alamat terkini peserta pesta bogel Polis kenal pasti alamat terkini peserta pesta bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Polis kenal pasti alamat terkini peserta pesta bogel
Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta tempatan yang disyaki terlibat dalam pesta sukan bogel.