PASIR PUTEH:Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung kesahihan pameran artifak Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda yang dianjurkan selama dua minggu berakhir semalam, di Madrasah Ribat AL-Mustafa, Pulai Chondong, dekat sini.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata ia susulan polis menerima dua laporan yang dibuat di luar Kelantan yang meminta polis membuat siasatan tentang kesahihannya.
"Siasatan dibuka mengikut Seksyen 465 atau 471 Kanun Keseksaan (KK) yang juga disiasat oleh pihak berkuasa agama negeri," katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lokasi sekatan jalan raya di Kampung Pacakan di sini, hari ini.
Semalam Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusuh dilaporkan berkata pihaknya khuatir pameran itu boleh mengelirukan masyarakat Islam mengenai sejarah Rasulullah SAW.
Program itu antara lain mempamerkan rambut, janggut, darah, peluh dan tongkat milik baginda yang kesahihannya belum disahkan oleh pihak berwajib.
Dalam perkembangan lain, Shafien berkata polis sudah siap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir berikutan Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan negeri-negeri di Pantai Timur termasuk Kelantan akan dilanda hujan lebat bermula November hingga Disember ini.
"Seramai 1,500 anggota polis dan pegawai telah diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi fenomena itu termasuk memindahkan mereka yang terjejas banjir ke pusat pemindahan sementara," katanya.
Bagi memantapkan lagi kesiapsiagaan itu, Shafien berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat dengan ketua-ketua agensi berkaitan pada minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

DCP Shafien Mamat berkata polis menerima dua laporan yang dibuat di luar Kelantan meminta polis membuat siasatan tentang kesahihannya. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

Masyarakat diingat berhati-hati keluar perkataan boleh bangkit kemarahan antara kaum
Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak mengeluarkan perkataan atau perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan antara kaum.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
![[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan [KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735892357_Lelakialamiganggua.jpg)
[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan
Mungkin umat Islam perlu ambil nilai murni ditonjolkan seorang imam dalam kejadian di Finsbury Park, London yang menghalang seorang lelaki dipukul selepas merempuh jemaah masjid selepas solat.

JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak
Laporan keterangan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk pandangan dan tindakan susulan, termasuk kemungkinan tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI
MKI memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat dan menyeleweng serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.