Tindakan seorang wanita dan lelaki memecut kereta yang dinaiki ketika mengelak ditahan pihak polis membongkar penemuan kira-kira 1,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM20,000.
Sebelum diberkas, dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang Selasa itu, pihak polis terpaksa mengejar mereka sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, di sini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata, tangkapan melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 25 tahun.
“Sebelum itu, pihak kami ada menerima maklumat berhubung kes penjualan dadah yang berlaku di kawasan Kerteh.
“Anggota kami kemudian melakukan rondaan di kawasan terbabit sebelum terserempak dengan kereta yang dinaiki suspek di kawasan Kampung Batu Putih dalam keadaan mencurigakan.
“Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek dikatakan bertindak memecut kereta terbabit dan memandu dalam keadaan bahaya,” katanya.
Tambahnya, polis beberapa kali meminta kenderaan terbabit berhenti namun suspek terus memecut untuk meloloskan diri.
“Tindakan suspek yang memandu dalam keadaan bahaya menyebabkan kereta itu melanggar empat kenderaan awam sebelum mereka berjaya ditahan ketika memasuki sebuah restoran makanan segera.
“Beliau percaya suspek datang ke kawasan terbabit untuk menjual dadah dan semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod lampau berhubung kesalahan dadah,” ujarnya.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Wed Sep 16 2020
![Polis kejar suspek, macam dalam filem pula! Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81600229138_DADAHKEMAMAN.jpg)
Polis percaya suspek datang ke kawasan terbabit untuk menjual dadah dan semakan mendapati lelaki yang ditahan mempunyai rekod lampau berhubung kesalahan dadah. - Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Pemandu Myvi ditahan kerana acu pistol di kepala penunggang motosikal Pemandu Myvi ditahan kerana acu pistol di kepala penunggang motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682688867_ACPChristopherPati.jpg)
Pemandu Myvi ditahan kerana acu pistol di kepala penunggang motosikal
Suspek cuba melarikan diri dengan kenderaannya namun berjaya ditangkap oleh mangsa berusia 24 tahun dengan bantuan orang awam dalam kejadian 12.15 tengah malam itu.
![Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656668474_SindiketEdarGanja.jpg)
Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.
![Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648524729_PilKuda.jpg)
Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri
Lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dalam serbuan pada jam 6 petang.
![Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641560115_TBACPBEH.jpg)
Proses pelbagai jenis dadah: Lima wanita, 10 lelaki ditahan
Lima wanita antara 15 warga tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan memproses pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM300,000 di sekitar ibu kota.
![Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613032236_HukumanGantung.jpg)
Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung
Kedua-dua sahabat itu hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
![Polis kejar suspek, macam dalam filem pula! Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600229138_DADAHKEMAMAN.jpg)
Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!
Sebelum diberkas pihak polis terpaksa mengejar mereka sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, Kemaman.
![Sindiket dadah berselindung di sebalik bungkusan jus diserbu polis Sindiket dadah berselindung di sebalik bungkusan jus diserbu polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587714055_NikEzaneeMohdFais.jpg)
Sindiket dadah berselindung di sebalik bungkusan jus diserbu polis
'Jus Tang Orange', 'Joker', 'Jus Crispy Fruit Guana', 'Jus Superman' dan 'Jus Superman Bizarro' antara label bungkusan dadah yang dihantar kepada penagih.
![Polis tahan tiga suspek dalang jual pil kuda di Gua Musang Polis tahan tiga suspek dalang jual pil kuda di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562490933_PilKuda.jpg)
Polis tahan tiga suspek dalang jual pil kuda di Gua Musang
Tiga lelaki dipercayai dalang aktiviti penjualan pil kuda di Gua Musang, Kelantan ditahan pada Selasa lalu.
![45 individu ditahan terlibat dadah sekitar ibu kota 45 individu ditahan terlibat dadah sekitar ibu kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51556577982_DADAHKL.jpg)
45 individu ditahan terlibat dadah sekitar ibu kota
Babitkan kawasan Chow Kit, Tiong Nam, Bukit Bintang, Pudu dan San Peng.
![Pasangan suami isteri antara tiga ditahan edar dadah di Kota Kinabalu Pasangan suami isteri antara tiga ditahan edar dadah di Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536924122_EdarDadah.jpg)
Pasangan suami isteri antara tiga ditahan edar dadah di Kota Kinabalu
Polis menahan sepasang suami isteri dan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu.