ALOR SETAR: Polis Kedah telah menerima 12 laporan berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli semasa Program Himpunan Kedah Berselawat Berbusana anjuran Kerajaan Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, Bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah itu juga telah dipanggil dan keterangan telah diambil semalam (Selasa).
"Kita telah membuka satu siasatan di bawah seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan ataupun kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 siastan ini pula diambil alih oleh Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Rabu.
Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin Pas Kedah itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkaitan isu ‘musuh Allah’ ketika berucap pada program yang diadakan di Stadium Darul Aman yang dihadiri puluhan ribu peserta.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jun 28 2023

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, Bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah itu telah dipanggil dan keterangan telah diambil semalam.- Fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis Kedah buka kertas siasatan ke atas Syeikh Zainul Asri
Polis Kedah telah menerima 12 laporan berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli semasa Program Himpunan Kedah Berselawat Berbusana pada 24 Jun lalu.