SEPANG: Polis menahan 42 pendatang tanpa izin termasuk seorang kanak-kanak dipercayai disembunyikan seorang tekong darat dalam satu serbuan di sebuah rumah bandar atau townhouse di Cyberjaya pada 11 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata risikan awal mengesyaki rumah berkenaan ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah namun hasil serbuan telah menemukan 42 warga Indonesia dipercayai disembunyikan selama tiga hari di 'rumah transit' itu.
Beliau berkata kesemua warga asing itu dibawa secara berasingan sejak 9 Dis dengan menaiki kenderaan e-hailing supaya pergerakan mereka tidak dapat dihidu oleh pengawal keselamatan dan penduduk lain.
"Ketika serbuan dibuat (11 Dis), seorang tekong darat warga tempatan berusia 42 tahun berjaya melarikan diri dengan terjun melalui pintu belakang (rumah) sebelum berjaya diberkas di kawasan Dengkil semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Kamarul Azran berkata dalam serbuan itu polis turut menemukan dadah jenis syabu seberat 0.24 gram serta wang tunai RM7,000 dan hasil siasatan mendapati 42 warga asing itu sepatutnya keluar dari negara ini melalui jalan air pada 11 Dis, sama ada melalui Bagan Lalang atau Pantai Tanjung Rhu.
Beliau berkata tekong darat itu direman selama empat hari sehingga 17 Dis bermula semalam manakala kesemua warga asing direman selama 14 hari bermula 11 Dis.
Sementara itu dalam kes berasingan, Wan Kamarul Azran berkata empat lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes curi dan leraikan komponen kenderaan di Cyberjaya.
Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan adalah mencuri kenderaan lama yang telah lama diparkir di kawasan kondominium, dan kemudian ditunda ke bengkel untuk dileraikan, dengan sebahagian komponen kenderaan serta rangkanya dijual di kedai lusuh.
Katanya, kes berkenaan rentetan daripada satu laporan polis diterima pada 5 Dis berhubung kehilangan kenderaan jenis Proton Satria, dan hasil risikan serta serbuan, polis berjaya merampas barang kes yang telah dileraikan melibatkan enam kenderaan dicuri di kawasan Cyberjaya.
Menurut beliau, dua tangkapan dibuat di Cyberjaya pada 5 Dis, diikuti tangkapan ketiga di Klang dan keempat di Sepang pada 13 Dis dan kesemua suspek berumur 26 tahun hingga 38 tahun itu ditahan reman sehingga hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Wan Kamarul Azran berkata dalam serbuan itu polis turut menemukan dadah jenis syabu seberat 0.24 gram serta wang tunai RM7,000 - Gambar/ Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Imigresen serbu medan selera, tahan 58 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam.

Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.

Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.

Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Malaysia teliti perkembangan dasar baharu Trump - Mohamad
Kabinet akan membincangkan perkembangan terkini berkaitan dasar baharu pentadbiran Trump termasuk cadangan tarif import yang akan dikenakan terhadap beberapa negara.