JOHOR BAHRU: Tiga sindiket curi kenderaan mewah berjaya ditumpaskan selepas lapan individu ditahan menerusi Ops Lejang yang dijalankan Polis Johor bermula 21 Jun hingga Ahad lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ketiga-tiga sindiket terbabit merupakan antara lapan sindiket curi pelbagai jenis kenderaan yang berjaya ditumpaskan pihaknya menerusi operasi bersepadu itu.
"Kesemua sindiket curi kenderaan mewah ini bergiat aktif sejak kira-kira enam bulan lepas dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
"Mereka akan mengenal pasti kenderaan yang hendak dicuri sebelum memasang alat pengesan untuk diekori.
"Setelah memastikan kenderaan itu berada di lokasi sesuai, ahli sindiket akan bergerak dalam kumpulan kecil seramai dua atau tiga orang untuk melakukan jenayah itu dalam tempoh kira-kira 30 saat sahaja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Beliau berkata apabila pintu kenderaan berjaya dibuka, mereka menggunakan alat untuk menghidupkan enjin selain turut menggunakan 'penyekat' bagi menghalang signal sistem penentududukan sejagat (GPS) daripada kenderaan itu dikesan.
Kumar berkata sindiket curi kenderaan mewah termasuk Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Chery itu akan menggunakan laluan darat untuk membawa kenderaan itu ke luar negara sebelum diedarkan kepada pembeli.
Sejak Januari tahun ini sehingga kini, Polis Johor telah menerima 69 laporan melibatkan kecurian kenderaan mewah dengan nilai kerugian sebanyak RM8.8 juta, tambah beliau.
Berhubung lima lagi sindiket yang berjaya ditumpaskan dalam operasi bersepadu itu, pihaknya telah menahan enam individu melibatkan dua sindiket curi kenderaan lama dan 10 lagi tangkapan membabitkan tiga sindiket curi motosikal.
"Sepanjang Ops Lejang dijalankan, 116 orang termasuk enam warga asing ditangkap atas pelbagai kesalahan.
"Mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 59 tahun dengan 112 daripadanya lelaki manakala empat yang lain perempuan," katanya.
Kes-kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan; Seksyen 411 dan 414 Kanun Keseksaan; Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil; serta Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Kumar berkata sindiket curi kenderaan mewah termasuk Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Chery itu akan menggunakan laluan darat untuk membawa kenderaan itu ke luar negara sebelum diedarkan kepada pembeli. - Gambar Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.

KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.

Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru
Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki sepucuk pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka, di sini, pada Sabtu.

Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.